Setiap kali ditimpa musibah, Allah tidak meminta kita untuk mencari jalan keluar, tetapi Allah meminta kita supaya sentiasa bersabar dan berdoa...
October 8, 2014
Mari Motivasikan Diri...
70% 70% 70% 70% 70%
Pada telefon bimbit kita, 70% fungsinya tidak berguna!
Untuk kereta mewah, 70% kelajuan dan alat tidak diperlukan!
Jika anda ada rumah/villa mewah, 70% ruang selalunya tidak digunakan!
Bagaimana dengan almari pakaian? 70% daripadanya tidak dipakai!
Seumur hidup kita bekerja dan mencari pendapatan....70% untuk orang lain yang menghabiskan!
JADI! Kita mesti melindungi dan menggunakan sepenuhnya 30% kita yang tinggal...
* Pergilah buat pemeriksaan kesihatan, walaupun tak sakit..
* Minum banyak air, walaupun tak haus..
* Belajar untuk melepaskan, walaupun berdepan dengan masalah..
* Berusaha untuk mengalah, walaupun di pihak yang benar..
* Kekal merendah diri, walaupun kaya dan berkuasa..
* Belajar untuk berpuas hati, walaupun tidak kaya..
* Buatlah senaman untuk minda dan badan, walaupun sibuk..
* Luangkan masa bersama orang yang tersayang..
HIDUP INI SINGKAT..
Nikmati dan jalani hidup ini dengan sepenuhnya!!!
-Handbook 2014-
HEALTH
~ Minum banyak air
~ Makan : Sarapan macam raja
Makan tengah hari macam putera
Makan malam macam pengemis
~ Hidup bersama 3 E's= Energy, Enthusiasm & Emphaty
~ Luangkan masa untuk berdoa
~ Main lebih banyak permainan
~ Baca buku lebih banyak dari tahun 2013
~ Duduk diam sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari
~ Tidur selama 7 jam
~ Ambil 10 - 30 minit untuk berjalan dan semasa berjalan, SENYUMLAH :-)
PERSONALITY
~ Jangan lebih melakukan sesuatu. Jaga had anda
~ Jangan terlalu serius
~ Jangan membazir tenaga untuk gosip
~ Menyulam impian selagi anda terjaga
~ Iri hati itu buang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
~ Lupakan kisah lepas. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesalahannya di masa lepas. Ia akan menghancurkan kebahagiaan sekarang
~ Hidup itu singkat untuk membenci. Jangan benci sesiapa
~ Berdamailah dengan masa lalu. Ia tidak akan merosakkan masa depan
~ Tiada siapa yang bertanggungjawab untuk kebahagiaan anda selain diri anda
~ Senyum dan ketawa
~ Anda tidak perlu untuk menang pada setiap hujah. Bersetuju untuk tidak bersetuju
MASYARAKAT
~ Selalu menghubungi keluarga
~ Setiap hari berikan sesuatu yang baik untuk orang lain
~ Maafkan semua orang
~ Luangkan masa bersama orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah
~ Cuba untuk buat sekurang-kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
~ Apa yang orang fikir pasal kita, bukanlah urusan kita
KEHIDUPAN
~ Buatlah apa yang betul
~ Allah yang menyembuhkan segalanya
~ Walaubagaimana baik atau buruk sesuatu keadaan itu, ia pasti akan berubah
~ Walau apa pun yang ada rasa : Get up, Dress up, Show Up!
~ Bila bangun pagi, berterima kasihlah pada Allah
~ Dalaman anda yang sentiasa gembira...JADI, bergembiralah!!!
October 7, 2014
Oleh kerana itu, aku sering membiarkan hatiku disakiti demi menjaga hati semua orang walaupun kadangkala aku ingin memberontak. Tetapi ku biarkan diriku tenang bersama air mata yang setia. Kerana prinsip ku hanya satu, biarlah aku yang merasa kesakitan itu tanpa mereka merasakannya. Ya, aku bahagia bila kala melihat senyuman di wajah mereka. Aku gembira bila mana suara gembira mereka berlagu merdu di telingaku. Hanya itu ku mahu!! Biarlah kesakitan itu yang ku tanggung. Biarlah!! Kerana mereka aku di sini. Kerana mereka ku punya kenangan manis. Kerana mereka ku tahu apa itu keluarga...dan kerana mereka aku tidak pernah merasa seorang!!
Subscribe to:
Comments (Atom)
