October 8, 2014

Mari Motivasikan Diri...

70% 70% 70% 70% 70% Pada telefon bimbit kita, 70% fungsinya tidak berguna! Untuk kereta mewah, 70% kelajuan dan alat tidak diperlukan! Jika anda ada rumah/villa mewah, 70% ruang selalunya tidak digunakan! Bagaimana dengan almari pakaian? 70% daripadanya tidak dipakai! Seumur hidup kita bekerja dan mencari pendapatan....70% untuk orang lain yang menghabiskan! JADI! Kita mesti melindungi dan menggunakan sepenuhnya 30% kita yang tinggal... * Pergilah buat pemeriksaan kesihatan, walaupun tak sakit.. * Minum banyak air, walaupun tak haus.. * Belajar untuk melepaskan, walaupun berdepan dengan masalah.. * Berusaha untuk mengalah, walaupun di pihak yang benar.. * Kekal merendah diri, walaupun kaya dan berkuasa.. * Belajar untuk berpuas hati, walaupun tidak kaya.. * Buatlah senaman untuk minda dan badan, walaupun sibuk.. * Luangkan masa bersama orang yang tersayang.. HIDUP INI SINGKAT.. Nikmati dan jalani hidup ini dengan sepenuhnya!!! -Handbook 2014- HEALTH ~ Minum banyak air ~ Makan : Sarapan macam raja Makan tengah hari macam putera Makan malam macam pengemis ~ Hidup bersama 3 E's= Energy, Enthusiasm & Emphaty ~ Luangkan masa untuk berdoa ~ Main lebih banyak permainan ~ Baca buku lebih banyak dari tahun 2013 ~ Duduk diam sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari ~ Tidur selama 7 jam ~ Ambil 10 - 30 minit untuk berjalan dan semasa berjalan, SENYUMLAH :-) PERSONALITY ~ Jangan lebih melakukan sesuatu. Jaga had anda ~ Jangan terlalu serius ~ Jangan membazir tenaga untuk gosip ~ Menyulam impian selagi anda terjaga ~ Iri hati itu buang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan ~ Lupakan kisah lepas. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesalahannya di masa lepas. Ia akan menghancurkan kebahagiaan sekarang ~ Hidup itu singkat untuk membenci. Jangan benci sesiapa ~ Berdamailah dengan masa lalu. Ia tidak akan merosakkan masa depan ~ Tiada siapa yang bertanggungjawab untuk kebahagiaan anda selain diri anda ~ Senyum dan ketawa ~ Anda tidak perlu untuk menang pada setiap hujah. Bersetuju untuk tidak bersetuju MASYARAKAT ~ Selalu menghubungi keluarga ~ Setiap hari berikan sesuatu yang baik untuk orang lain ~ Maafkan semua orang ~ Luangkan masa bersama orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah ~ Cuba untuk buat sekurang-kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari ~ Apa yang orang fikir pasal kita, bukanlah urusan kita KEHIDUPAN ~ Buatlah apa yang betul ~ Allah yang menyembuhkan segalanya ~ Walaubagaimana baik atau buruk sesuatu keadaan itu, ia pasti akan berubah ~ Walau apa pun yang ada rasa : Get up, Dress up, Show Up! ~ Bila bangun pagi, berterima kasihlah pada Allah ~ Dalaman anda yang sentiasa gembira...JADI, bergembiralah!!!

October 7, 2014

Oleh kerana itu, aku sering membiarkan hatiku disakiti demi menjaga hati semua orang walaupun kadangkala aku ingin memberontak. Tetapi ku biarkan diriku tenang bersama air mata yang setia. Kerana prinsip ku hanya satu, biarlah aku yang merasa kesakitan itu tanpa mereka merasakannya. Ya, aku bahagia bila kala melihat senyuman di wajah mereka. Aku gembira bila mana suara gembira mereka berlagu merdu di telingaku. Hanya itu ku mahu!! Biarlah kesakitan itu yang ku tanggung. Biarlah!! Kerana mereka aku di sini. Kerana mereka ku punya kenangan manis. Kerana mereka ku tahu apa itu keluarga...dan kerana mereka aku tidak pernah merasa seorang!!

February 6, 2012

Bicara Seorang Aku...

Setiap manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Begitu juga dengan aku.
Kesilapan demi kesilapan dan kesalahan demi kesalahan, semakin mematangkan aku. Aku berharap semoga Allah terus memberikan aku kekuatan dan ketabahan dalam aku meniti kehidupan yang semakin mencabar. Kita tidak tahu apakah nasib kita di sana nanti. Dengan itu, berusahalah kita untuk mencari keredhaan dari Allah S.W.T. Tahun baru ini mengajar aku banyak perkara. Tentang dosa lepas yang sering ku abaikan kerana hanyut dengan nikmat dunia. Hari ini aku ingin bangkit, menebus segala dosa yang sering menjadi mainan hidupku. Berbekalkan semangat yang kian tipis, aku teruskan hidup mengemis keredhaan Allah. Semoga Allah menerima semua amalan ku. Betapa jahilnya aku memandang enteng setiap perkara yang Allah perbuatkan untukku. Betapa Allah amat menyayangi hambaNya.
Di saat suka dan senang, betapa kita lupa pada pencipta tetapi....
Di saat sedih dan susah, kita kembali padaNya....
Betapa jahilnya kita sebagai hamba....
Dan itulah juga aku.....
MANUSIA YANG HANYA KEMBALI PADA ALLAH DI SAAT AKU SUDAH PARAH JATUH TERSUNGKUR!!!

January 30, 2011

MARI HIBURKAN HATI...

SAD ENDING.

Seorang suami sedang melepak-lepak minum kopi di ruang tamu pada hujung minggu. Suami terpandang isterinya yang seronok menelaah sebuah buku. tiba-tiba air mata isterinya mengalir. Lantas suaminya yang prihatin itu terus bertanya mengapa isteri kesayangannya itu menangis.

Suami: Sayang, kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya baru habis baca buku, sad ending... sedihlah bang.
Suami: Buku apa tu Sayang?
Isteri: Buku bank abanglah!!


BERLAINAN JENIS

Tiga sahabat belajar di universiti yang sama bertemu di sebuah kafe.

Tajul: Eh! Saifull. Kalau tak salah, kau dulu couple dengan Wahida kan? Kenapa tak jadi kahwin?

Saiful: Orang tuaku tak setuju. Mereka kata aku dengan Wahida tak setaraf. Wahida anak orang miskin. Err, cinta kau dengan Rini pula macam mana?

Tajul: Sama juga. Orang tuaku tak benarkan bercinta dengan Rini sebab aku dan dia lain agama. Aku terpaksa putus. Ketika Tajul dan Saiful sedang bersembang, Jojo hanya diam sahaja.

Tajul: Kenapa Jojo? Cinta dengan Liza putus juga ke?

Jojo: Ya!

Saiful: Kenapa tu?

Jojo: Sebab aku dan Liza berlainan jenis.


ANAK

Samad, Hashim, Kadir dan Mamat telah berjanji untuk mengadakan reunion setelah mereka tidak bertemu selama 30 tahun. Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan reunion mereka di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Sambil makan dan minum, mereka bercerita tentang kisah-kisah dahulu. Cerita yang keluar diselang-seli dengan gelak ketawa berdekah-dekah. Sedang mereka asyik bercerita, Mamat meminta diri pergi ke tandas kerana tidak tertahan ketawa geli hati.

Samad: Hashim, anak kamu berapa orang? Kerja apa?

Hashim: Anak aku dua orang. Anak perempuan ikut suami dia tinggal di London. Anak lelaki belum berkahwin. Dia kerja pilot. Tapi kadang-kadang angin juga aku dengan anak aku tu, tak pernah beri hadiah walaupun bergaji mahal. Tapi, baru-baru ni dia ada hadiahkan kekasihnya sebuah BMW 5 series. Anak kau pula Samad?

Samad: Anak aku tiga orang. Dua lelaki, seorang perempuan. Kakak dan abangnya dah kahwin. Yang bongsu, lelaki tapi belum kahwin tinggal dengan aku. Dia pegawai bank. Anak aku pun sama, tak pernah belikan aku hadiah. Tapi baru-baru ni dia belikan rumah banglo untuk kekasihnya. Marah betul aku.

Samad dan Hashim: Kau pula Kadir?

Kadir: Anak aku seorang aje. Lelaki. Dia kerja jurutera. Belum kahwin. Sama juga perangai dengan anak kamu. Tak pernah berikan aku hadiah. Tetapi baru-baru ini aku dapat tahu dia hadiahkan kekasihnya wang sebanyak RM100 ribu. Bengang betul aku!

Setelah mereka habis bercerita, Mamat pun duduk, baru balik dari tandas...

Kadir: Mamat! Anak kau berapa orang? Dia kerja apa?

Mamat: Anak aku seorang saja. Perempuan. Dia buka salun rambut. Tapi anak aku ni anak yang baik. Semasa hari jadi aku baru-baru ni, tup-tup dia hadiahkan aku sebuah BMW 5 series, sebuah banglo dan... duit sebanyak RM100 ribu. Untung betul aku dapat seorang anak perempuan yang pandai mengenang budi!


TEKO

Sewaktu berjalan-jalan di Pulau Pangkor, Jojo terjumpa sebuah teko berwarna perak terdampar di tepi pantai. Jojo pergi ke arah teko tersebut dan terus menggosok-gosok teko tersebut lalu... PLING!! Maka keluarlah seekor jin berperut buncit. Jin itu ketawa kahkahkah, sambil berkata.

"Wahai manusia, oleh kerana engkau telah menyelamatkan aku dari dalam teko ini, aku benarkan kau membuat satu permintaan! Nescaya akan aku tunaikan!"

"Yakah?" jawab Jojo seolah tidak percaya kata-kata jin perut buncit tersebut.

"Adakah engkau tidak percaya kata-kataku wahai manusia?" tanya jin dengan nada marah.

"Bukan tak percaya. Sedangkan tadi aku yang selamatkan kau dari dalam teko, inikan pula kau nak tunaikan permintaan aku!" jawab Jojo terus berlalu pergi.


KahKahKahKahKahKahKahKah!!!!

January 19, 2011

Neraka Kerana Siksa Kucing

Hadis Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Umar ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:

Ada seorang perempuan disiksa keran seekor kucing yang dikurungnya (dipenjarakannya) sampai kucing itu mati. Wanita itu akan dimasukkan ke dalam api neraka. Wanita itu tidak suka memberi makanan dan minuman ketika dia memenjarakan kucing itu. Juga dia tidak suka melepaskannya untuk bebas memakan binatang-binatang kecil yang melata di bumi.

(Abu Ali Al-Banjari An Nadwi, Empat Puluh Hadis Penawar Hati, 2003, Khazanah Banjariah, Kedah, (ms36)

January 17, 2011

TATKALA TUHAN MENCIPTA MANUSIA

Al- Quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah S.W.T, yakni Adam 'alaihis-salam (as), dalam surah Al-Baqarah, ayat 30-38, seperti berikut:

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi;" mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan mensucikan-Mu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (30)

Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya, kemudian ditunjukannya kepada Malaikat, lalu Dia berfirman : "Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar." (31)

Malaikat berkata, "Mahasuci Engkau, kami tidak punyai ilmu selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana," (32)

Allah berfirman, "Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka," Maka setelah Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?" (33)

Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah kepada Adam;" lalu mereka semua tunduk memberi hormat melainkan iblis. Dia enggan dan takbur, dan jadilah dia dari golongan yang kafir. (34)

Dan Kami berfirman: "Wahai Adam, tinggallh engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah makanannya apa sahaja yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu hampiri) maka akan jadilah kamu dari golongan orang yang zalim." (35)

Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada di dalamnya, dan Kami berfirman: "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa," (36)

Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat, lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihani. (37) Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka dan mereka pun tidak akan berduka," (38)

July 18, 2010

Cerpenku: Seluhur Kasih Isteriku

Oleh : Cheeq Yah
“Setiap orang ada dosa silam mereka sendiri,” kata-kata Ustazah Sharimah masih terngiang-ngiang di telinga Ayuni ketika dia menghadiri ceramah agama yang diadakan di surau berdekatan 2 hari yang lalu. Tatkala mendengar ceramah yang berunsurkan kesedaran itu, air mata Ayuni mengalir tanpa dipinta. Betapa selama ini dia banyak melakukan dosa. Ayuni merenung jauh dari jendela biliknya. Kelihatan kanak-kanak sedang berkejaran sesama sendiri. Riang sekali. Jendela bilik yang menghadap taman rekreasi itulah tempat Ayuni termenung tiap-tiap petang sambil memerhatikan gelagat setiap manusia yang berkunjung di situ. ’Hargailah hidupmu wahai anak-anak!’ desis Ayuni sendiri. Air hangat mengalir lagi di pipinya. Setelah bergelar seorang isteri kepada lelaki yang bernama lskandar Aizam, hidup Ayuni tidak pernah bahagia. Mungkin itu adalah balasan di atas setiap dosa dan noda yang pernah dilakukannya sebelum ini. Tetapi dia juga berhak mengecap kebahagian. Dia telah bertaubat dan berharap semoga Allah menerima taubatnya. Tendangan di pintu mengejutkan Ayuni yang sedang mengelap air mata yang mengalir di pipinya.
“Kat sini rupanya kau perempuan,” jerit Iskandar, suaminya. Ayuni tidak sedar bilamana suaminya itu sudah pulang dari kerja.
“Abang. Bila abang balik. Ayu tak perasan,” jawab Ayuni takut-takut. Sesungguhnya dia takut apabila berhadapan dengan suaminya yang umpama singa kelaparan itu.
“Sebab kau tu bodoh. Asyik termenung. Sudah-sudahlah tu perempuan. Walau macam mana sekalipun kau menangis, nasib kau takkan berubah,” sinis sekali perkataan yang lahir dari bibir Iskandar. Dia meluat melihat wanita yang berada di hadapannya sekarang. Hatinya puas apabila melihat penderitaan wanita yang bergelar isteri itu. Baginya perempuan itu tidak layak untuk menerima bahagia.
“Abang nak minum ke?” Ayuni mengangkat punggungnya untuk keluar dari bilik itu. Belum sempat dia keluar dari bilik itu, tangannya direntap kasar oleh Iskandar.
“Aku letih. Aku nak hiburan,” raut wajah yang dipamerkan Iskandar menakutkan Ayuni.
“Abang nak apa?” suara Ayuni bergetar. Belum sempat Ayuni berbuat apa-apa tubuhnya ditarik dan ditolak kasar ke atas katil. Iskandar menutup pintu bilik. Berdentum bunyinya. Suara rintihan Ayuni kedengaran sayu.

Ayuni tersedar dari tidurnya. Dia melihat jam di dinding bilik itu. Pukul 9 malam. Itu bermakna sudah lebih 3 jam dia tidur. Dengan susah payah Ayuni bangkit dari pembaringan. Dia memerhati sekeliling. Tidak ternampak kelibat Iskandar. Ayuni memegang kepalanya yang berdenyut. Dia sudah terlepas waktu Maghrib. Ayuni mencapai tuala di tempat penyidai dan membalut badannya. Begitulah layanan yang diterima Ayuni setiap kali Iskandar menginginkannya. Hanya kekasaran daripada seorang insan bergelar suami. Bukannya belaian lembut dan dakapan mesra yang dihadiahkan buatnya. Ayuni bergerak menuju ke bilik air yang juga berada di dalam bilik itu. Dia ingin membersihkan diri sekaligus menunaikan solat Isyak. Ayuni tahu Iskandar berhak ke atasnya kerana mereka sudah menjadi suami isteri yang sah tetapi bukan begitu cara yang dia mahu. Ayuni membiarkan air membasahi badannya. Perlahan-lahan air matanya mengalir tanpa dipinta. “Abang, tidak berhakkah Ayu merasa bahagia seperti orang lain,” ratap Ayuni sendiri. Dia tahu selama ini dia banyak berdosa tetapi dia ada hak untuk berubah dan bertaubat. Lebih kurang sejam berada di dalam bilik air, Ayuni keluar setelah dia menggigil kesejukan. Setelah menyarungkan baju ke tubuhnya, dia segera menghampar sejadah kerana dia ingin cepat-cepat mengabdikan diri kepada Allah yang maha Esa. Ayuni menunaikan solatnya dengan tenang. Dia bersujud lama pada sujud yang terakhir. Dia pernah mendengar orang berkata, bersujudlah lama sedikit pada sujud yang terakhir dan berdoalah kepada Allah kerana hambaNya akan merasa lebih dekat dengan Allah S.W.T ketika mereka bersujud. Selesai berdoa, Ayuni meletakkan telekung ke tempatnya dan dia berlalu menuju ke dapur. Iskandar tidak ternampak di mana-mana. Keluar agaknya! Ayuni lega. Dia berasa amat lega sekiranya Iskandar tidak menampakkan batang hidung di rumah itu. Rumah banglo yang didudukinya itu adalah milik Iskandar. Iskandar merupakan seorang Pengarah di syarikat miliknya sendiri namun Ayuni tidak pernah berbangga dengan semua itu. Apalah ertinya jika hatinya sedikit pun tidak pernah merasa gembira. Ayuni membuka kabinet di dapur itu satu-persatu, mencari sebarang makanan yang boleh dibuat untuk mengalas perut namun hampa kerana tidak terdapat apa-apa untuk dijadikan makanannya malam itu. Ayuni melabuhkan punggung di kerusi yang berada di dapur itu. Dia mengeluh perlahan. Bukan dia tidak mahu membeli makanan di rumah itu tetapi dia tidak mempunyai wang. Iskandar tidak pernah memberi wang kepadanya. Setiap kali pulang dari kerja, Iskandar akan membeli nasi bungkus untuknya. Itulah yang dia gunakan untuk mengalas perut. Ayuni bangun dari duduknya dan berkira-kira mahu tidur sahaja. Mungkin dia tidak akan merasa lapar sekiranya sudah lena. Baru dia berkira-kira mahu melangkah menuju ke biliknya, pintu utama dibuka seseorang. Muncul Iskandar bersama seorang wanita sambil berpelukan. Ayuni hanya memerhatikan mereka tanpa ada perasaan.
“Apa yang kau tengok tu hah!” tengkingan Iskandar mengejutkan Ayuni.
“Err.. Takde apa-apa. Ayu masuk bilik dulu,” Ayuni melangkah.
“Eh..eh.. Tunggu dulu,” Iskandar menahan Ayuni dari terus melangkah.
“Kenapa bang?”
“Aku nak kau sediakan air untuk aku dan permaisuri aku. Lepas tu hantar kat bilik aku ye,” Iskandar mencium rambut Ayuni. Ayuni dengan pantas menuju ke dapur dan menyediakan air yang dipinta suaminya. Dengan perlahan-lahan dia mengetuk pintu sambil menatang air yang sudah siap disediakan. Setelah menerima arahan masuk daripada Iskandar, Ayuni menolak pintu bilik itu perlahan-lahan. Kelihatan suaminya yang berseluar pendek sedang memeluk perempuan yang dibawanya tadi. Perempuan itu hanya memakai baju nipis bertali halus. Setelah meletakkan minuman tadi, Ayuni bergerak mahu meninggalkan pasangan itu namun pautan di tangannya membuatkan langkah Ayuni mati.
“Kau nak pergi mana?” tutur Iskandar lembut berbisik di telinga Ayuni.
“Ayu nak keluar,”
“Kenapa kau nak keluar sayang?”
“Ayu nak masuk bilik,”
“Ini kan bilik engkau juga. Kau tak nak tengok drama ke?” Iskandar menarik rambut Ayuni membuatkan Ayuni menjerit kecil.
“Ayu tak nak bang. Ayu nak keluar,” Ayuni berusaha melepaskan dirinya. Iskandar menolak kepala Ayuni dengan kuat. Kepalanya terhantuk di dinding.
“Sekarang kau keluar,” jerit Iskandar lantang. Ayuni segera bangun dan keluar dari bilik itu.
“Tuhan, inikah balasan yang kau turunkan untukku,” rintih Ayuni sendiri. Dia berjalan menuju ke biliknya sambil memegang kepalanya yang semakin berdenyut.
“Kenapa you kasar sangat dengan dia?”
“Kenapa? You kesian ke? Perempuan macam tu, tak baik di kesian,”
“Tapi, janganlah kasar macam tu. I ni perempuan tau, I tahu apa dia rasa,”
“You ni bisinglah. Sekarang you nak balik ke nak tidur sini?” Iskandar rimas apabila Linda asyik membela Ayuni.
“Mestilah tidur sini sayang,” Linda mendekati Iskandar yang sudah terbaring di atas katil.
“Kalau macam tu I tak nak dengar you bela perempuan tu lagi,” Iskandar menarik Linda ke dalam dakapannya. Dia membelai rambut Linda yang panjang melepasi bahu dan dengan segera mereka sama-sama masuk ke dalam selimut tebal itu.

Ayuni resah di dalam biliknya. Dia berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Dia tahu apabila lelaki dan perempuan berada bersama dalam apa jua keadaan pun, pasti di tengah-tengahnya adalah syaitan. Dia tidak mahu bersubahat menanggung dosa yang sedang dilakukan suaminya tetapi dia tidak berani untuk menegur Iskandar kerana dia tahu padah yang akan diterima. Ayuni menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Dia ingin menunaikan solat sunat memohon keampunan kepada Allah.
“Ya Allah, sekiranya ini adalah ujian yang kau turunkan untukku, kuatkanlah hatiku untuk memikul dugaanmu. Aku tahu, Engkau tidak akan menurunkan ujian ini sekiranya aku tidak mampu menanggungnya,” air mata Ayuni mengalir perlahan-lahan.
“Kau berikanlah petunjuk buat suamiku ya Allah. Aku pasrah sekiranya dia tidak dapat menerima diriku tetapi kau berikanlah petunjuk buatnya untuk berubah. Amin ya rabbal alamin,” Ayuni meraup mukanya sekaligus menyapu air matanya. Dalam hatinya berdoa semoga masih ada bahagia untuknya.

Ayuni berjalan dengan pantas untuk balik ke rumah. Dia tidak mahu terserempak dengan suaminya. Jika tidak, pasti tubuh badannya menjadi mangsa. Iskandar telah berpesan pada Ayuni supaya tidak keluar rumah. Ayuni keluar kerana mahu pergi ke surau untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Sharimah.
“Ustazah, mengapa Tuhan menguji kita?” tanya salah seorang pendengar pada petang itu.
“Kerana dia mahu lihat sejauh dan sekuat mana iman seseorang itu,” terang Ustazah Sharimah ringkas. Bibirnya yang tidak lekang mengukir senyuman menambahkan manis di wajahnya.
“Tapi, macam mana kalau seseorang itu tidak kuat dan melakukan kemungkaran kerana tidak tahan menerima dugaan dariNya?” tanya seorang lagi pendengar.
“Itu terpulang pada hati dan niat seseorang. Jika dia merasakan bahawa dugaan yang diturunkan adalah sebagai ujian, maka dia pasti tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjadi kemungkaran Allah S.W.T. Tetapi jika seseorang itu berfikir bahawa ujian itu adalah beban, maka sebaliknya akan terjadi,” Ustazah Sharimah sabar melayan setiap pertanyaan daripada pendengarnya.
“Bagaimana mahu menahan diri kita dari melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Allah, ustazah?” giliran Ayuni pula bertanya. Ustazah Sharimah memandang wajah sayu Ayuni. Dia dapat merasakan gadis itu menanggung satu derita yang besar.
“Banyakkan beribadat untuk mendekatkan diri padaNya. Perbanyakkan solat sunat untuk meminta petunjuk daripadaNya supaya hati kita kuat menghadapi apa saja yang diturunkannya buat kita,” Ustazah Sharimah tersenyum manis memandang wajah Ayuni. Ayuni menundukkan kepala.
“Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin kita tidak nampak sekarang tapi suatu hari nanti Allah pasti tunjukkannya. Perbanyakkan doa supaya Allah mempermudahkan setiap urusan kita. Kalau kita tidak pernah merasa bahagia di dunia ini, insyaallah Allah akan memberi kebahagian buat hambaNya di akhirat kelak,” Ayuni dapat merasakan kata-kata itu ditujukan khas untuknya. Dia memandang wajah Ustazah Sharimah. Terpancar cahaya keikhlasan dari wajah itu. Ustazah Sharimah memandang Ayuni sebelum meneruskan kata-katanya.
“Mungkin ada orang lain yang lebih sengsara dan lebih berat dugaannya dari kita,”
Ah ustazah! Berkata memang senang tetapi diri ini yang menanggungnya. Ayuni memperlajukan langkahnya. Dia ingin segera sampai di rumah.
Ayuni menarik nafas lega apabila tidak ternampak kereta Iskandar di halaman. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Hari ini memang dia tidak tertangkap tetapi macam mana dengan esok dan seterusnya. Tetapi hatinya kuat untuk terus mengikuti setiap ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Sharimah. Ayuni melangkah laju menuju ke biliknya. Itulah rutin hariannya. Selepas Iskandar pergi kerja, dia akan mengemas rumah dan mencuci baju. Selepas itu, dia akan berkurung di rumah sehinggalah petangnya dia mengikuti ceramah Ustazah Sharimah yang diadakan selama 2 hari seminggu iaitu hari Rabu dan Khamis. Ceramah yang berlangsung pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang itu sedikit sebanyak telah menambah pengetahuan Ayuni yang selama ini cetek ilmu agama. Iskandar yang selalunya pulang pada pukul 7 malam tidak pernah mengesyaki apa-apa kerana Ayuni sentiasa ada di rumah setiap kali dia pulang dari kerja. Ayuni memejamkan matanya, berkira-kira mahu merehatkan diri. Lagipun tiada apa lagi yang perlu dibuatnya. Lainlah kalau dia memang isteri yang diinginkan suami, dia pasti memasak sementara menanti kepulangan sang suami. Ayuni akhirnya terlena bersama air hangat yang tidak jemu mengalir di pipi.
“Hoi!!!” jeritan kasar itu menyedarkan lena Ayuni. Dia terpisat-pisat bangun dan melihat siapakah gerangan yang mengacaunya. Serta-merta wajahnya pucat apabila terpandangkan wajah di hadapannya.
“Abang,” Ayuni menundukkan kepalanya. Dia takut untuk menentang mata yang menyala itu. Pang! Satu tamparan hinggap di pipinya menyebabkan matanya berpinar sebentar. Tamparan dari tangan kasar itu amat menyakitkan apabila mengenai pipinya yang halus itu.
“Kenapa kau tidur? Kenapa tak tunggu aku balik?” jerkah Iskandar. Cukup meluat dia melihat wajah mulus di hadapannya itu. Kalau boleh mahu dirodoknya perut itu menggunakan pisau. Biar mampus. Iskandar menarik rambut Ayuni sekuat hatinya membuatkan Ayuni mengerang kesakitan.
“Kau sakit ke?” tanya Iskandar bodoh. Dia tersenyum sinis memandang wajah mendung Ayuni yang sedang menahan kesakitan itu.
“Kalau kau sakit, hati aku ni lebih lagi sakit tau,” sekali lagi Iskandar menampar wajah kecil milik Ayuni. Darah pekat mengalir di bibirnya. Ayuni menangis. Setelah puas, Iskandar meninggalkan Ayuni yang sedang menangis kesakitan. Hatinya puas. Rasakan kau Ayuni. Aku akan pastikan hidup kau akan sengsara! Iskandar masuk ke dalam biliknya. Dia hendak keluar lagi selepas ini. Duduk di rumah itu hanya membuatkan dirinya rimas. Setelah membersihkan diri, Iskandar mencapai kunci kereta dan berlalu keluar dari rumahnya. Dia langsung tidak mempedulikan Ayuni yang masih kesakitan di dalam bilik. Hatinya terlalu puas kerana dapat membuatkan gadis itu menderita. Baginya Ayuni tidak layak untuk hidup bahagia dan merasa gembira. Iskandar memandu keretanya menuju ke destinasi yang boleh membuatkan dirinya gembira. Linda! Gadis itu adalah hiburannya. Ramai lagi gadis di luar sana yang diusung ke hulu ke hilir malah dia juga tidak malu mengusung mereka hingga ke bilik tidur. Suria, Marlina, Hairani! Semua itu adalah hiburan untuknya. Begitu juga Ayuni baginya. Gadis itu adalah hiburan semata-mata walaupun Ayuni halal untuknya. Namun bagi Iskandar, status isteri yang dipegang Ayuni, itu hanya pada nama semata. Tidak akan sekali-kali dia mengangkat martabat wanita itu sebagai seorang isteri dalam erti kata yang sebenar. Dia ingin melihat wanita itu menderita sehingga menghembuskan nafas yang terakhir. Ada dendam di hatinya buat wanita yang bernama Ayuni Zaharah, isteri yang telah dikahwininya setahun yang lalu. Dendam yang telah lama tersemat di dada. Bertahun lamanya dia menyimpan dendam di hati dan hanya penderitaan Ayunilah penawar dendam di hatinya. Iskandar tiba di apartment milik Linda setengah jam kemudian. Berkali-kali dia menekan loceng rumah itu. Dia sememangnya bukanlah seorang yang penyabar. Panas baran sudah sebati dalam jiwanya. Sebab itulah memukul Ayuni langsung tidak mendatangkan kesan di hatinya malah dia suka melihat Ayuni menangis kerananya. Pintu apartment dibuka. Tersembul kepala Linda yang masih dibaluti tuala. Sebaik ternampak Iskandar, Linda tersenyum menggoda. Iskandar melangkah masuk ke dalam rumah Linda tanpa menunggu keizinan daripada wanita itu. Itu kerana dia sudah biasa berkunjung di situ. Lagipun dia yang menghadiahkan apartment itu kepada Linda sempena hari jadi Linda yang ke 19. Linda yang cuma memakai seluar pendek dan T-shirt sendat memandang wajah Iskandar yang masam itu. Dia mendekati Iskandar dan jarinya bermain-main di lengan Iskandar.
“Kenapa ni sayang?” tanya Linda penuh menggoda. Dia tidak mahu Iskandar dalam mood yang tidak elok apabila berkunjung di rumahnya. Ini kerana pasti dia juga yang mendapat tempiasnya kelak. Sebolehnya dia mahu Iskandar sentiasa gembira apabila berada di sampingnya. Bagi Linda, Iskandar itu adalah aset untuknya. Jika dia terlepas Iskandar, itu bermakna hidupnya akan kembali susah. Sebab itulah, dia sanggup menggadai tubuhnya kepada Iskandar asalkan lelaki itu gembira.
“Hati I ni masih panas,” Iskandar tidak memandang wajah Linda.
“Kenapa sayang? Ayuni buat hal lagi yek?” Linda memaut lengan Iskandar.
“Boleh tak you jangan sebut nama betina tu depan I. Berbulu telinga I ni dengar tau tak,” Iskandar melenting.
“Ok. Ok. I minta maaf. Sekarang you bersama I kan? Janganlah macam ni,” pujuk Linda lembut. Dalam keadaan sekarang dia tidak boleh merajuk kerana itulah niatnya apabila ditengking Iskandar tadi. Hatinya tercalar apabila ditengking sebegitu.
“Maafkan I. Tak pasal-pasal you pulak yang kena marah,” Iskandar mengelus-elus pipi gebu milik Linda. Perlahan-lahan pipi itu dibawa ke bibirnya.
“Takpe. I faham keadaan you. Apa kata kita keluar. Ambil angin kat luar. Biar you rasa segar sikit,” Linda memberi cadangan.
“Bagus juga tu,” Iskandar tersenyum sambil menggengam tangan Linda.
“Tunggu sekejap ye. I nak berkemas,” Linda mengangkat punggung untuk berlalu masuk ke biliknya. Iskandar hanya mengangguk sambil memerhatikan lenggok Linda yang telah hilang di sebalik pintu.
Iskandar dan Linda berjalan berpimpinan tangan di kawasan itu. Memang ramai pasangan yang sedang hangat dibuai perasaan datang ke tempat itu. Bagi mereka tempat itu aman dan tenteram. Malah tidak ramai orang awam yang lalu lalang di situ. Begitu juga bagi Iskandar dan Linda. Itu adalah port kegemaran mereka untuk memadu kasih.
“Is, kalau I tanya sesuatu you marah tak?” tanya Linda takut. Dia takut mood Iskandar akan berubah lagi.
“You nak tanya apa?” Iskandar melingkarkan tanggannya di pinggang ramping Linda.
“Kenapa you benci sangat dengan wife you tu?” tanya Linda. Sebenarnya dia takut juga sekiranya Iskandar menengkingnya. Walaupun tidak ramai orang di situ, Linda yakin mereka pasti dapat mendengar tengkingan Iskandar yang bak halilintar itu. Oleh kerana diasak perasaan ingin tahu, dia memberanikan diri bertanya.
“Ada sebab kenapa I kahwin dengan dia,”
“Sebab apa?”
“Tak payahlah you tahu apa sebabnya. Cukuplah you tahu yang I nak balas dendam pada betina itu,” Linda mengeluh hampa apabila tidak mendapat jawapan yang diinginkan tetapi dia tidak akan memaksa Iskandar. Mungkin suatu hari nanti, dia akan mendapat jawapannya.
Di rumah pula, Ayuni sedang menyapu ubat di bibirnya. Peritnya tamparan itu masih terasa. Dia memandang cermin dan melihat bibirnya yang semakin membengkak. Air matanya mengalir lagi tanpa dapat ditahan-tahan.
“Apa salah Ayuni bang? Mengapa tidak ceraikan saja Ayuni. Mengapa mesti seksa hidup Ayuni begini?” Ayuni meletakkan kepalanya di atas meja solek itu. Tersedu-sedu dia menangis sendiri. Ingatannya mengimbau kembali peristiwa 4 tahun yang lalu.
“Ayu nak pergi mana?” tanya ibunya.
“Aku nak keluar. Rimaslah duduk dalam rumah ni,”dengan kasar Ayuni menjawab pertanyaan ibunya. Dia melangkah menuruni tangga satu-persatu diikuti ibunya di belakang.
“Tiap-tiap malam Ayu keluar. Ayu pergi mana nak? Ibu risau,” Puan Intan cuba berdiplomasi dengan anak gadisnya itu.
“Wei orang tua. Aku dah besar. Pandailah aku jaga diri. Kau tu duduk diam-diam kat rumah,” bentak Ayuni. Puan Intan menuruni tangga dan memaut lengan Ayuni.
“Ayu janganlah pergi malam ni ye. Temankan ibu,” rayu Puan Intan. Dia menatap wajah manis Ayuni. Entah di mana silapnya, anak gadis itu berubah. Seorang lagi anaknya iaitu kakak kepada Ayuni telah lama menghilangkan diri. Sebab itulah hanya pada Ayuni dia bergantung harap.
“Kau ni sibuklah,” Ayuni menolak ibunya menyebabkan ibunya yang masih berdiri di tangga terjatuh ke bawah. Kepalanya terhantuk di tiang rumah.
“Allah,” Puan Intan memegang dahinya yang telah dibanjiri darah.
“Itulah engkau. Degil sangat,” tanpa rasa belas Ayuni meninggalkan ibunya yang sedang terkial-kial untuk bangun.
Ayuni memegang bibirnya. Dia menangis lagi.
“Maafkan Ayu bu. Ayu banyak buaat dosa. Ayu banyak sakitkan hati ibu. Mungkin ini balasan untuk Ayu bu,” Ayuni merintih lagi. Tiba-tiba dia menjadi rindu pada ibunya yang telah pergi menghadap Ilahi 4 tahun yang lalu. Itupun adalah disebabkan perbuatannya sendiri. Seminggu selepas peristiwa dia menolak ibunya, ibunya sakit. Tetapi dia tidak pernah ambil kisah malah tiap-tiap malam dia pergi berhibur bersama kawan-kawannya di sebuah kelab malam. Sebulan menderita sakit, ibunya meninggal dunia. Menurut doktor, punca kematian adalah kerana darah beku yang terdapat dalam otak ibunya lambat dikesan. Ayuni dapat merasakan kehadiran darah beku itu adalah kerana hantukan di kepala ibunya. Peristiwa itu tidak pernah menginsafkan Ayuni malah dia merasakan bebas apabila ibunya tiada lagi. Rutin hariannya kembali seperti biasa. Mengunjungi kelab malam sehinggalah dia bertemu dengan Sharul, lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Setahun perkenalan dengan Sharul semakin mengintimkan hubungan mereka sehinggakan Ayuni berani menyerahkan mahkota berharga miliknya kepada Sharul. Selepas itu, Ayuni berpindah dari rumahnya dan menetap bersama Sharul di rumah sewa Sharul. Hidup mereka ibarat suami isteri. 2 tahun hidup bersama Sharul cukup membahagiakan Ayuni namun dia silap kerana terlalu mempercayai Sharul. Panas yang disangka hingga ke petang rupanya tidak berpanjangan. Sharul meninggalkannya tanpa khabar berita. Dia terpaksa menanggung hutang Sharul yang keliling pinggang. Setiap hari dia lari daripada ceti haram sehingga muncullah Iskandar yang menawarkan diri untuk menyelesaikan hutang tersebut dengan syarat Ayuni menerima pinangannya. Walaupun pelik, Ayuni bersetuju kerana dia tidak sanggup untuk terus diburu ceti haram. Selepas peristiwa itu, Ayuni insaf dan dia berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan menjadi seorang isteri yang taat sekaligus bertaubat di atas perbuatannya. Namun sangkaannya silap sekali lagi. Setahun hidup bersama Iskandar, dia hanya mampu menyulam derita. Ayuni menangis lagi. Hanya itulah yang mampu dilakukan olehnya setelah bergelar isteri kepada Iskandar Aizam. Ayuni memandang wajahnya di cermin. Bibirnya yang pecah masih lagi bengkak. Ayuni memegang bengkak di bibirnya. Dia mengaduh kesakitan apabila tangannya terpegangkan luka di bibirnya itu. Ayuni mengeluh perlahan. Dia bangkit dari duduknya dan dengan perlahan berjalan menuju ke katilnya. Niat di hati mahu tidur dan melupakan apa yang terjadi kerana dia tahu esok perjalanannya pasti lain. Ayuni memandang jam di dinding bilik itu. Hampir ke pukul 1 pagi. Kemungkinan Iskandar tidak akan balik. Ayuni tidak kisah semua itu. Dia merasa aman sekiranya Iskandar tidak menjengukkan wajah mahupun batang hidungnya di depan Ayuni. Jika ada pun hanya kebencian yang dipamerkan. Sebenarnya Ayuni juga tidak tahu mengapa dirinya dibenci sedemikian rupa. Pernah dia menanyakan soalan sebegitu kepada Iskandar namun jawapan yang diharapkan hanyalah tamparan dan sepakan semata. Ayuni tidak sedar bilamana dia terlelap bersama sisa air mata yang masih membekas di pipi.

Iskandar tersedar dari lenanya apabila dia merasakan ada sesuatu yang mengganggu hidungnya. Dia membuka mata. Kelihatan Linda sedang tersengih-sengih memandangnya. Linda yang hanya mengenakan baju bertali halus dan berseluar sendat itu terus merenung Iskandar dengan senyuman yang menggoda.
“Bangunlah sayang. Hari ni kan janji nak temankan I pergi saloon,” rengek Linda manja.
Jari telunjuknya dipusing-pusingkan di atas perut Iskandar. Iskandar hanya tersenyum sambil membelai rambut lurus Linda.
“Pukul berapa sekarang ni?” tanya Iskandar malas. Dia masih mahu meneruskan tidurnya tetapi tidak jadi apabila tangan Linda mencapai lengannya.
“Dah dekat nak pukul 11 sayang. Cepatlah bersiap,”
“Iyelah. Membebel aje mak nenek ni,” Iskandar mencuit dagu Linda menyebabkan Linda merengek kesukaan. Tidak sampai 10 minit, kepala Iskandar sudah terjengul keluar dari bilik mandi.
“Aik. Cepatnya mandi. Is nak jadi kambing ke? Takut sejuk?” Linda tertawa melihat telatah Iskandar yang menggigil kesejukan itu.
“Takkan dah pukul 11 pun menggigil lagi sayang?” Linda berjalan menuju ke almari pakaian dan mengeluarkan pakaian Iskandar yang sememangnya ditinggalkan di situ. Senang apabila Iskandar berkunjung ke rumahnya ataupun bermalam di rumahnya. Iskandar hanya tersenyum memandang wajah Linda. Setelah berkemas ala kadar, mereka akhirnya keluar untuk menuju ke destinasi yang telah dirancang.
“Ayuni,” panggilan itu menyebabkan Ayuni berpaling. Dia tidak jadi melangkah. Ustazah Sharimah menyusun langkah mendekati Ayuni. Hari ini dia ingin mencungkil segala-galanya. Dia tahu gadis kecil molek itu menanggung satu derita yang besar.
“Ada apa ustazah?” Ayuni bertanya sopan. Dia sebenarnya ingin cepat sampai di rumah. Jam sekarang menunjukkan ke pukul 4.00 petang. Ceramah Ustazah Sharimah habis setengah jam awal tidak seperti biasa.
“Ayuni ada masa tak sekarang. Boleh kita bercakap sebentar?”
Ayuni memandang wajah Ustazah Sharimah. Ada cahaya keikhlasan terpandar dari wajah itu. Tetapi Ayuni pun hendak cepat. Dia tidak tahu jika berbual dengan Ustazah Sharimah, berapa jam mereka akan ambil untuk berbual-bual. Melihat kegusaran di wajah Ayuni, Ustazah Sharimah menyambung kata-kata. “Ayuni janganlah risau. Ustazah tak ambil masa yang panjang. Sekejap pun jadilah,”
Dengan rasa terpaksa Ayuni menganggukkan kepala. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke arah kerusi yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri. “Ayuni ada masalah ke?” Ustazah Sharimah memulakan perbualan. Dia memandang wajah mendung Ayuni.
“Ustazah tengok saya macam ada masalah ke?” Ayuni menjawab soalan tadi dengan soalan juga. Dia memandang jauh ke hadapan.
“Ustazah dapat tengok kat wajah Ayuni. Ayuni macam memendam sesuatu,”
Ayuni mengeluh perlahan. “Takde sapa pun yang dapat tolong saya, Ustazah. Mungkin ini balasan untuk saya,”
“Kenapa Ayuni cakap macam tu?” Ustazah Sharimah bertanya sabar. Dia tidak mahu tergopoh-gopoh bertanyakan sesuatu yang mungkin peribadi bagi Ayuni. Ayuni menguis-nguis kakinya di atas rumput yang berada di hadapannya.
“Ayuni tak layak untuk hidup bahagia ustazah setelah banyaknya dosa yang Ayuni lakukan,”
“Ayuni bukan Tuhan nak menentukan semua itu. Allah itukan maha Pengampun. Sebesar mana pun dosa kita, tetapi kalau kita bertaubat sebenar-benar taubat, insyaallah, Allah tidak akan persiakan hamba-Nya,” Ustazah Sharimah memegang bahu Ayuni sambil menggosoknya.
“Tapi saya takut taubat saya tak diterima ustazah,” tanpa dipinta air mata Ayuni laju mengalir. Itulah peneman hidupnya setelah bergelar isteri kepada lelaki bernama Iskandar.
“Ayuni, apa yang penting sekarang adalah taubat Ayuni. Samada diterima ataupun tidak, itu kerja Allah. Apa yang dapat Ayuni buat sekarang adalah berdoa semoga taubat Ayuni diterima,” Ustazah Sharimah cuba untuk mententeramkan Ayuni.
“Tapi saya banyak berbuat dosa ustazah. Saya banyak buat dosa,” Ayuni mengelap air mata yang mengalir menggunakan belakang tangannya. Ustazah Sharimah memandang wajah kecil Ayuni. Dia menggenggam tangan Ayuni untuk memberi kekuatan pada wanita itu. Walaupun tidak sepenuhnya dia tahu masalah sebenar Ayuni tetapi dia cuba untuk memberi kekuatan pada Ayuni.
“Kalau Ayuni tak bersedia nak bercerita sekarang, takpe. Bila-bila masa Ayuni perlukan ustazah, ustazah akan ada untuk tolong Ayuni,”
Ayuni memandang wajah manis Ustazah Sharimah. “Terima kasih ustazah. Saya balik dulu. Dah lewat ni. Tak sedar masa pantas berlalu,” setelah bersalam dengan Ustazah Sharimah, Ayuni melangkah laju tanpa menoleh ke arah Ustazah Sharimah lagi. Ayuni tahu dia telah terlambat. Dia tidak sedar bahawa sudah lebih setengah jam dia berbual dengan Ustazah Sharimah. 10 minit lagi jam menunjukkan ke pukul 5 petang. Ayuni takut jika Iskandar pulang awal ke rumah hari ini. Dari jauh Ayuni nampak kereta Iskandar yang tersadai kemas di halaman rumah mereka. Jantung Ayuni berdegup kencang. Dia tahu sebentar lagi pasti dia akan mendapat habuannya. Ayuni meneruskan langkah kakinya sambil berdoa di dalam hati semoga Iskandar tidak akan mengapa-apakannya. Ayuni membula pintu utama rumah besar itu. Dia menjenguk ke dalam rumah. Terlihat Iskandar yang sedang berbaring dengan tangan yang diletakkan di atas dahinya menunjukkan dirinya yang mungkin sedang lena. Dengan terjingkit-jingkit, Ayuni melangkah melintasi Iskandar.
“Kau dari mana?” suara garau Iskandar mengejutkan Ayuni.
“Erk. Ayu dari depan bang,” Ayuni yang kehilangan kata-kata hanya bercakap mengikut apa yang terlintas di fikirannya.
“Dari mana?” ulang Iskandar sekali lagi. Namun tidak setegas tadi. Ayuni menarik nafas lega apabila mendengar suara Iskandar yang tidak setegang tadi.
“Ayu dari surau bang,” tanpa syak wasangka, Ayuni berterus-terang. Apabila mendengar suara Iskandar yang sedikit kendur tadi meyakinkan dirinya untuk berterus-terang. Iskandar bangun dari pembaringannya dan berjalan menghampiri Ayuni. Dia merenung Ayuni dengan renungan yang tajam. Ayuni hanya menundukkan kepala.
“Kau tahukan hukum keluar rumah tanpa izin suami?” Iskandar menjengilkan matanya kepada Ayuni. Ayuni menganggukkan kepala. Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan suaminya itu. Kali ini dia salah percaturan, namun segalanya telah terbongkar apabila dia mendengar pertanyaan Iskandar yang lembut tadi.
“Habis tu, kenapa kau keluar juga?” jeritan Iskandar mengejutkan Ayuni. Bahunya sedikit terangkat. Ayuni cuba menahan air matanya supaya tidak mengalir keluar.
“Ayu pergi sekejap je bang,” Ayuni cuba membela diri dan berharap simpati Iskandar ada untuknya.
“Sekejap atau lama, kau tetap keluar tanpa izin aku,” Iskandar menolak kepala Ayuni sekuat hatinya menyebabkan Ayuni terpelanting dan terduduk di hadapan Iskandar. Tanpa rasa berdosa, Iskandar meletakkan kakinya di atas kepala Ayuni. Ayuni menangis teresak-esak.
“Kalau sehari kau tak sakitkan hati aku, tak boleh ke?” sekali lagi Iskandar menolak kepala Ayuni. Namun kali ini menggunakan kakinya.
“Ayu minta ampun bang,” Ayuni cuba bangun namun kaki Iskandar yang berada di atas kepalanya menghalang dia untuk berbuat demikian.
“Apa?? Kau minta ampun. Cuba ulang lagi. Aku tak berapa dengarlah,”
“Ayu minta ampun bang. Ayu janji tak buat lagi,”
Iskandar menyepak muka Ayuni sekuat hati. Darah pekat mengalir keluar dari hidung dan mulut Ayuni. Iskandar menghampiri Ayuni. Dia mencengkam rambut Ayuni dan mengheretnya. Jeritan Ayuni langsung tidak mendatangkan kesan di hati Iskandar. Dengan sekuat tenaga, Iskandar menyepak perut Ayuni menyebabkan darah membuak-buak keluar dari mulut isterinya itu. Ayuni merasakan nyawanya hampir melayang. Kesakitan yang dirasai membuatkan dia tidak mampu untuk mengalirkan air mata lantaran darah pekat yang mengalir menggantikan air matanya. Lama-kelamaan pandangan Ayuni menjadi gelap dan dia tidak sedar lagi apa yang terjadi selepas itu. Iskandar yang baru menyedari tindakannya berasa cemas apabila melihat keadaan Ayuni yang berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Sebenarnya dia tidak sedar apa yang telah dilakukannya. Sebelum ini memang dia berkasar dengan Ayuni tetapi tidaklah sampai mencederakan isterinya sebegitu teruk seperti petang ini. Iskandar cemas dan menggelabah. Dengan kudrat yang ada, Iskandar mengendong Ayuni menuju ke keretanya dan terus dibawa ke hospital. Sampainya di hospital, Ayuni diusung ke bilik kecemasan dan Iskandar berjalan mundar-mandir di ruang itu. Tidak lama kemudian dia ternampak Ayuni diusung menuju ke bilik pembedahan. Iskandar mengekori dan menunggu di luar bilik pembedahan dengan hati yang cemas. Dia takut jika terjadi apa-apa tehadap Ayuni. Jika tidak, dia pasti suspek utama jika Ayuni meninggal dunia. Iskandar menundukkan kepala. Dia tidak tahu mengapa hari ini dia seakan-akan dirasuk. Dia benci melihat wajah tenang Ayuni ketika mereka bergaduh sebentar tadi.

“Uncle,” satu suara kecil memanggil Iskandar. Iskandar yang sedang melukis memandang ke arah wajah comel di hadapannya.
“Ye sayang,” Iskandar menggamit anak kecil itu supaya mendekatinya. Anak kecil itu berjalan menghampiri Iskandar sambil tersenyum manis.
“Uncle lukis apa?” anak kecil itu memandang lukisan Iskandar sambil mengerutkan keningnya.
“Inilah abstrak namanya. Pelukis hanya akan melukis mengikut kata hati mereka. Hasilnya beginilah. Semua orang takkan faham apa yang pelukis itu lukis,” Iskandar membelai rambut halus milik anak saudaranya itu.
“Tak cantiklah lukisan uncle, macam budak tadika. Cantik lagi kalau Hani yang melukis,” anak saudaranya yang bernama Hani itu menjuihkan bibir tanda tidak berminat melihat lukisan yang dirasakannya seperti contengan itu. Iskandar tertawa senang melihat telatah anak saudaranya. Anak saudara yang sangat disayangi oleh dirinya dan juga seluruh keluarganya.
“Kalau macam tu, Hani lukislah sesuatu untuk uncle,”
“Kalau Hani lukis untuk uncle, uncle kasi upah tak?”
“Untuk anak saudara yang amat uncle sayang dan comel ni, apa saja uncle sanggup berikan,”
“Betul?”
“Betul sayang,”
“Sayang uncle,” Hani memeluk pinggang Iskandar. Iskandar membalas pelukan Hani dan mengucup lembut ubun-ubun anak saudaranya.
“Encik,” sapaan itu mengejutkan Iskandar. Hilang wajah comel Hani dan kenangan itu. Dia memandang ke hadapan. Seorang lelaki yang memakai jubah putih dengan steteskop yang tergantung di bahu sedang memandangnya. Dengan langkah perlahan, Iskandar menghampiri lelaki itu.
“Macam mana dengan isteri saya doktor?” tanpa perasaan Iskandar bertanya. Sebenarnya dia tidaklah teruja untuk mengetahui keadaan Ayuni. Dia tidak kisah jika Ayuni sakit ataupun tak. Cuma yang dia takuti jika Ayuni mati.
“Isteri encik mengalami pendarahan yang teruk. Walau macam mana pun kami berjaya melakukan pembedahan ke atasnya dan dia dalam keadaan stabil sekarang. Itupun disebabkan dia dihantar awal ke hospital,”
Iskandar mengeluh perlahan. Dia tahu Ayuni jadi begitu disebabkan tindakannya yang di luar kawalan. Namun tiada riak penyesalan yang terpamer di wajah Iskandar.
“Encik, boleh ikut saya ke dalam bilik? Ada sesuatu yang ingin saya bincangkan,” walaupun pelik dengan penerimaan Iskandar sebentar tadi, doktor muda itu tetap ingin bertanyakan dan berbincang sesuatu dengan Iskandar.
“Silakan duduk encik……,”
“Iskandar,” Iskandar memperkenalkan diri sambil menyambut huluran tangan doktor di hadapannya itu.
“Saya Irsyad,” doktor itu memperkenalkan dirinya dan mempersilakan Iskandar duduk.
“Takpe doktor. Saya nak cepat. Hal apa yang nak dibincangkan?” Iskandar menolak pelawaan Irsyad supaya duduk.
“Encik Iskandar tahu tak yang isteri encik mengandung?” pertanyaan Irsyad menyebabkan Iskandar mengangkat kepala dan merenung lama wajah yang berkata tadi.
“Mengandung?”
“Kau tak salah periksa kan?” Iskandar tidak berpuas hati.
“Tidak Encik Iskandar. Dua kali saya melakukan pemeriksaan, keputusannya tetap sama,” Irsyad memandang Iskandar. Sekali lagi dia hairan apabila melihat penerimaan Iskandar.
“Encik Iskandar, boleh saya tanya sesuatu?” Irsyad bertanya perlahan. Iskandar mendiamkan diri.
“Dari pemeriksaan saya, kecederaan yang dialami Puan Ayuni terjadi disebabkan satu penderaan. Encik Iskandar tahu apa-apa ke?” Irsyad bertanya curiga. Iskandar menggelabah. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar.
“Doktor, saya minta diri dulu. Ada hal yang perlu saya selesaikan,” tanpa menunggu Iskandar melangkah keluar dari bilik Irsyad. Irsyad hanya memandang Iskandar yang keluar dengan wajah cemas dan kelam-kabut itu. Dari penerimaan Iskandar tadi, dia dapat mengagak sesuatu kerana itu bukanlah kali pertama dia berhadapan dengan situasi seperti tersebut. Sudah banyak kes isteri yang didera suami yang dihadapinya. Lebih-lebih lagi dengan sikap Iskandar memudahkan Irsyad untuk meneka. Irsyad menggelengkan kepala. Dia berasa amat terkilan kerana wanita yang selalu menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Ayuni tersedar dari lenanya. Dia memerhati sekeliling. Dia bukan berada di dalam biliknya sekarang. Di mana dia! Ayuni cuba untuk bangun namun denyutan di kepalanya menggagalkan usahanya. Ayuni mengeluh perlahan. Dia meraba dahinya. Panas! Kuakan di pintu mengejutkan Ayuni. Dia menanti gerangan yang akan menjengahkan diri. Seorang doktor muda tersenyum lantas menghampirinya.
“Puan Ayuni dah sedar?” tanya doktor muda itu ramah.
“Saya Doktor Irsyad. Doktor yang bertanggungjawab merawat Puan Ayuni,” Irsyad memperkenalkan diri setelah melihat Ayuni menganggukkan kepala tanda menjawab soalannya yang pertama tadi.
“Macam mana saya boleh berada di sini doktor?” tanya Ayuni jujur. Sebetulnya dia memang tidak tahu mengapa dia berada di sini dan siapa yang menghantarnya.
“Suami puan yang menghantar puan ke sini,” Irsyad memberitahu apabila dia melihat wajah Ayuni yang penuh mengharap itu.
“Mengapa saya dibawa ke sini?”
“Puan Ayuni didapati pengsan. Mungkin disebabkan tekanan darah puan yang rendah ataupun kerana keadaan puan yang tertekan. Tambahan pula, puan didapati hamil 2 bulan,” panjang lebar Irsyad menerangkan. Ayuni mengangkat kepalanya memandang wajah Irsyad. Berita terakhir yang keluar dari mulut Irsyad sebentar tadi membuatkannya terpana seketika.
“Mengandung?”
Irsyad menganggukkan kepala dan tersenyum namun penerimaan Ayuni membuatkan senyumannya mati tiba-tiba. Ayuni menangis.
“Saya tak nak kandungan ini doktor. Cukuplah saya seorang yang menderita, janganlah anak ini nanti menerima nasib seperti saya,”
“Mengucap puan. Anak itukan anugerah Tuhan. Puan tidak boleh membuangnya sedangkan sudah 2 bulan di menumpang hidup di rahim puan,” Irsyad cuba untuk memujuk Ayuni.
“Tapi saya tak nak nasib anak ini malang seperti saya doktor. Doktor kena faham keadaan saya,” Ayuni menangis teresak-esak.
“Puan Ayuni, saya rasa ada baiknya puan berehat dulu. Puan tak boleh tertekan begini. Ini boleh menjejaskan kandungan puan,” Irsyad terus memujuk Ayuni. Ayuni memandang wajah Irsyad. Lama. Dia tidak tahu samada dia perlu bergembira atau sebaliknya apabila mendengar perkhabaran tadi. Sekarang dia telah dapat mengingati sepenuhnya apakah punca yang menyebabkan dia terlantar di situ. Itu semua perbuatan seorang lelaki yang bernama suami. Ayuni menangis lagi. Kala ini air matanya bagaikan tidak mahu berhenti. Dia tidak tahu mengapa dia perlu menerima nasib sebegitu.
“Puan. Puan berehatlah dulu ye. Rehatkan diri dan minda puan. Jangan fikir semua benda-benda yang boleh membuatkan puan tertekan,” Irsyad tidak jemu memujuk Ayuni. Dia kasihan melihat wajah yang lencun oleh air mata itu. Dia dapat mengagak perjalanan hidup gadis muda yang berada di hadapannya sekarang. Irsyad mengeluh simpati. Ayuni merebahkan tubuhnya. Air mata yang masih berbaki di pipi diseka perlahan. Irsyad meninggalkan Ayuni setelah dia melihat wanita itu memejamkan mata.

Sudah 2 minggu Ayuni terlantar di hospital. Selama itu jugalah Iskandar tidak pernah sekalipun menjenguk isterinya itu. Bukan dia tidak mahu tetapi ego yang menghalang dia dari melakukan perkara itu. Setelah mengetahui Ayuni mengandungkan anaknya, dia dapat merasakan kelainan dalam dirinya. Dia menjadi tidak sabar untuk melihat anak itu lahir ke dunia walaupun doktor memberitahu Ayuni baru sahaja mengandung 2 bulan. Kesepian di rumah itu mengingatkan Iskandar pada Ayuni. Ayuni yang selalu menjadi bahan caciannya dan sepak terajangnya. Wajah takut Ayuni tiba-tiba terbayang di matanya. Dia tersenyum sendiri tetapi dia telah berjanji yang dia tidak akan sesekali terperangkap dengan wajah mendung Ayuni. Baginya dendam yang telah lama beraja di hati perlu dibalas. Iskandar mengeluh perlahan. Ingatannya perlahan-lahan melayang teringatkan peristiwa yang berlaku 3 tahun yang lalu.
“Uncle, jom lah main dengan Hani kat sini,” rengek anak kecil yang berada di hadapan Iskandar. Iskandar menoleh memandang wajah comel itu. Dia tersenyum.
“Uncle kan ada kat sini temankan Hani,”
“Tapi, Hani nak sangat uncle temankan Hani main hari ini. Jomlah uncle main anak patung dengan Hani,” rayu Hani. Dia melihat wajah Iskandar dengan pandangan yang penuh mengharap. Iskandar yang merasa simpati lantas melepaskan berus lukisannya dan berjalan menghampiri Hani. Dia mengusap kepala anak saudaranya itu. Dia memerhatikan Hani yang leka bermain dengan anak patung pemberiannya sempena hari jadi Hani yang ke 5. Tiba-tiba dia mendengar bunyi bising datang dari dalam rumah mereka.
“I tak kira, I nak you ceraikan I sekarang juga,” satu suara menjerit nyaring. Hani mendongak memandang wajah Iskandar. Iskandar yakin, Hani juga mendengar suara itu. Iskandar menarik Hani ke dalam pelukannya. Dia tidak mahu Hani melihat kejadian itu walaupun sebelum ini Hani sering kali melihatnya. Abang dan kakak iparnya iaitu ibu dan ayah kepada Hani Damia tidak lagi merasa malu untuk bergaduh di hadapan seisi rumah.
“I takkan ceraikan you Maria. Fikirlah sikit pasal Hani, anak kita tu,” suara lembut abangnya kedengaran memujuk.
“You ni tak faham bahasa ke Ariffin atau you saja-saja buat tak faham. I cakap I nak bercerai dengan you,” jerit Maria di hadapan Ariffin. Iskandar dan Hani hanya terkedu menyaksikan babak di hadapan mereka. Kelihatan Maria sedang mengheret sebuah beg besar kepunyaannya. Iskandar melihat Hani sedang berlari mendapatkan ibunya. Dia tidak menyedari bilamana anak kecil itu lepas dari pelukannya.
“Mummy, mummy nak pergi mana? Mummy nak tinggalkan Hani ke? Mummy tak sayang Hani ke?” Hani menarik-narik baju Maria. Maria memandang sayu wajah comel di hadapannya.
“Mummy dah tak boleh duduk dalam rumah ni lagi sayang. Hani tinggal dengan daddy. Jangan nakal-nakal ye,” Maria berjalan menuju ke luar rumah. Hani mengejarnya sambil menjerit memanggil-manggil nama Maria. Maria yang tidak tega mendengar jeritan anaknya itu lantas menoleh dan berlari memeluk Hani. Dia mencium wajah Hani semahunya. Air mata yang mengalir di pipi mulus itu diusap perlahan.
“Mummy janganlah tinggalkan Hani. Hani sayang mummy. Hani janji lepas ni, Hani akan sentiasa dengar cakap mummy,” dengan suara yang tersekat-sekat Hani memujuk ibunya. Maria melepaskan pelukannya dan memandang wajah Ariffin.
“I akan failkan penceraian kita Ariffin. Kita jumpa di mahkamah,” Maria berlalu pergi menuju ke arah kereta yang baru sahaja sampai. Iskandar memerhatikan pemandu kereta tersebut tetapi hampa kerana dia tidak nampak wajah yang memandu kereta tersebut. Hani mengejar ibunya selepas kereta itu berlalu pergi. Iskandar tidak dapat menghalang kerana Hani lebih pantas berlari mengejar kereta yang dinaiki ibunya sebentar tadi. Bunyi dentuman yang kuat mengejutkan Iskandar dan Ariffin. Dengan hati yang berdebar-debar mereka berlari menuju ke tempat datangnya bunyi itu. Dari jauh Iskandar melihat sekujur tubuh kecil yang berlumuran darah sedang menggelupur kesakitan. Bagaikan mimpi Iskandar melihat Hani dengan nafas yang tersekat-sekat melambai lemah ke arahnya. Dia terjelupuk lemah manakala Ariffin berlari laju mendapatkan anaknya.
“Hani, jangan tinggalkan daddy sayang,” Ariffin meraung hiba. Iskandar hanya memerhati dari jauh. Tidak mampu rasanya untuk dia berdiri menghampiri mereka. Air hangat yang mengalir di pipi dibiarkan. Dia menangis tersedu-sedan menyaksikan kejadian yang tidak disangka-sangka itu.
“Maafkan pihak kami. Anak encik tidak dapat diselamatkan. Hentakan yang kuat di kepalanya menyebabkan dia tidak dapat bertahan lama,” bagaikan halilintar kata-kata doktor itu menampar gegendang telinga Iskandar. Ibu dan bapanya kelihatan menangis hiba. Ariffin yang masih duduk hanya menundukkan kepala. Kelihatan bahunya sahaja yang terhenjut-henjut. Iskandar sekali lagi terjelupuk di lantai. Baginya perkara itu terjadi disebabkan Maria. Marialah penyebab segala-galanya.
Sejak dari hari itu Iskandar berjanji kepada dirinya bahawa dia akan membalas dendam terhadap Maria tetapi hasratnya tidak kesampaian apabila Maria meninggal dunia sehari selepas kes penceraiannya dengan Ariffin. Dia meninggal kerana dikatakan meminum racun serangga. Maria tidak dapat menerima hakikat bahawa Hani meninggal disebabkan dirinya. Iskandar merasa puas hati apabila menerima berita tersebut. Mereka terpaksa menguruskan kenduri arwah Maria memandangkan dia tidak mempunyai sesiapa lagi. Semasa kenduri tersebut, datang seorang perempuan yang memperkenalkan dirinya sebagai adik kepada Maria. Seisi rumah menjadi hairan kerana selama ini mereka tidak pernah mengetahui tentang adik-beradik Maria. Menurut Maria, dia anak tunggal sehinggalah perempuan tersebut menceritakan segalanya barulah mereka faham. Walaupun seisi rumah dapat menerima perempuan itu dengan baik tetapi tidak bagi Iskandar. Baginya masih ada keturunan Maria yang perlu dihapus di muka bumi ini. Dari jauh dia memerhatikan wajah wanita tersebut. Dia berjanji pada dirinya bahawa wanita itulah jalan untuknya membalas dendam. Hidupnya terumbang-ambing setelah Hani meninggalkan mereka. Kerana itu jugalah dia menjadi seorang lelaki buaya yang berani mengusung anak dara orang ke sana ke mari.
Perlahan-lahan Iskandar bangkit dari pembaringannya. Ingatan 2 tahun lalu terbang begitu sahaja. Salahkah dia menghukum Ayuni hanya disebabkan Ayuni memiliki pertalian dengan Maria. Baginya tidak salah kerana keturunan Maria semuanya tidak bagus. Kalau tidak masakan dia berjumpa dengan Ayuni ketika dia dikejar ceti haram dan segala cerita yang telah diceritakan Ayuni padanya menggambarkan siapa Ayuni yang sebenarnya. Iskandar berjalan mundar-mandir di dalam rumahnya. Tetapi kenapa sekarang hatinya menjadi lain apabila mendapat tahu Ayuni mengandungkan anaknya. Adakah dia sudah mula menyayangi wanita itu. Tidak! Jerit hati kecil Iskandar. Dia tidak akan sekali-kali jatuh cinta pada keturunan pembunuh itu. Baginya, Ayuni harus membayar segala hutang Maria pada keluarga mereka. Sememangnya ibu dan bapanya serta Ariffin tidak pernah tahu niat sebenar Iskandar berkahwin dengan Ayuni. Walaupun puas mereka menghalang perkahwinan itu namun Iskandar tetap tega untuk meneruskan. Akhirnya keluarganya terpaksa bersetuju dengan keputusan Iskandar apabila dia tetap bertegas. Iskandar mendaki tangga dan berjalan menuju ke bilik Ayuni. Dia tidak tahu mengapa kakinya cepat sahaja mahu memasuki bilik itu. Gelap yang memenuhi ruang memaksa Iskandar untuk menekan suis lampu yang berada di sebelahnya. Iskandar memerhati seluruh bilik isterinya. Kemas dan teratur. Sebuah bingkai lukisan tergantung kemas di dinding yang bersebelah dengan tandas. Iskandar berjalan menghampiri lukisan itu dan merenungnya. Lukisan seorang lelaki sedang mengucup kepala seorang wanita. Apakah maksud lukisan itu? Hati kecil Iskandar bertanya. Tiba-tiba hatinya kuat menyuruh supaya dia menjenguk isterinya yang sudah 2 minggu terlantar di hospital. Iskandar menilik jam di tangannya. Pukul 8.30. Waktu melawat telah tamat. Iskandar mengeluh kesal. Dia membaringkan badannya di atas katil milik Ayuni. Bau wangi isterinya itu masih lekat di bantal yang dipakainya. Iskandar menghidu sedalam-dalamnya. Tanpa sedar, dia terlelap sambil memeluk baju Ayuni yang kebetulan memang berada di atas katil tersebut.

Iskandar menjadi hairan apabila melihat bilik wad yang didiami Ayuni 2 minggu yang lalu kosong. Tiada tanda-tanda bilik itu berpenghuni. Dengan langkah yang sengaja dilajukan, Iskandar menghampiri bilik doktor Irsyad, doktor yang merawat isterinya. Pintu bilik diketuk dan Iskandar melangkah masuk apabila menerima isyarat dari dalam.
“Encik Iskandar, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Irsyad berdiri sambil menghulurkan tangannya kepada Iskandar. Iskandar menyambutnya mesra, tidak seperti sebelum ini.
“Err. Ayuni pergi mana doktor?” Iskandar bertanya dengan perasaan malu. Dia malu untuk bertentang mata dengan Irsyad apabila mengenangkan perbuatannya dahulu. Irsyad tersenyum memandang wajah Iskandar. Dia tahu Iskandar malu.
“Encik Iskandar. Untuk pengetahuan encik, Puan Ayuni sudah dibenarkan pulang seminggu yang lalu. Dia tidak pulang ke rumah ke? Dia cakap dengan saya yang dia nak pulang ke rumah. Bila saya tawarkan khidmat saya menghantarnya, dia cakap dia boleh pulang sendiri,” kata-kata Irsyad mengejutkan Iskandar. Ayuni telah pulang tapi di mana dia? Iskandar menjadi tidak senang duduk. Dia tidak tahu mengapa tadi dengan tergesa-gesa dia keluar dari pejabat semata-mata mahu bertemu dengan Ayuni. Dia tidak sabar mahu menatap wajah isterinya itu tetapi berita yang baru diterimanya sangat menghampakan. Dimana Ayuni sedangkan sudah seminggu dia keluar dari hospital.
“Encik Iskandar,” Irsyad memanggil apabila dia melihat Iskandar termenung panjang. Iskandar terkejut dan memandang wajah Irsyad yang masih tersenyum.
“Kalau macam tu takpelah doktor. Saya pergi dulu,” Iskandar menghulurkan tangannya. Irsyad menyambut huluran tangan Iskandar dan menggenggamnya.
“Permata sudah ada di hadapan mata Encik Iskandar. Saya harap encik dapat menilai permata tersebut kerana tiada permata lain yang lebih bernilai melainkan permata yang dimiliki encik,” penuh makna kata-kata yang dituturkan Irshad. Iskandar memandang wajah Irsyad dengan penuh tanda tanya. Akhirnya dia mengangguk faham.

“Ayu, tak payahlah buat kerja berat tu semua. Ayu tu kan mengandung,” leter Ustazah Sharimah pada Ayuni. Dia geram apabila Ayuni tidak mempedulikan kata-katanya yang menyuruh Ayuni berehat.
“Alah ustazah. Takdelah berat sangat pun. Lagipun Ayu kan masih 2 bulan lagi,” Ayuni menghampiri Ustazah Sharimah. Ustazah yang banyak memberinya sokongan selama dia menetap bersama ustazah itu seminggu yang lalu. Memang pada mulanya dia mahu pulang ke rumah tetapi apabila mengenangkan layanan Iskandar dan nasib kandungannya nanti, dia membatalkan niat. Hanya satu tempat yang ada dalam fikirannya saat itu dan kedatangannya disambut baik. Rupa-rupanya Ustazah Sharimah belum berkahwin lagi jadi Ayuni tidaklah merasa kekok untuk tinggal bersama-sama Ustazah Sharimah. Ayuni tidak berani untuk keluar rumah kerana bimbang akan bertembung dengan Iskandar. Walaupun dia percaya Iskandar tidak akan sekali-kali mencarinya.
“Ayu ni ustazah cakap dia mengelamun pulak,” tepukan di bahunya mengejutkan Ayuni. Dia memandang wajah manis Ustazah Sharimah.
“Ustazah tanya apa tadi?”
“Kamu tak nak masuk ke?Tak lama lagi dah nak masuk maghrib,”
“Ustazah masuklah dulu ye. Kejap lagi saya masuk,”
“Iyelah kalau macam tu tapi jangan lama sangat. Tak baik berada di luar rumah sewaktu maghrib,” Ayuni tersenyum sambil memandang langkah Ustazah Sharimah yang sudah memasuki rumahnya. Ayuni teringatkan Iskandar. Entah apalah yang sedang dibuat suaminya itu. Mungkin sedang berulit dengan perempuan seperti selalu. Bahkan dia amat yakin bahawa Iskandar tidak akan mencarinya. Mungkin dia lebih suka jika Ayuni tidak ada lagi di rumah itu. Perlahan-lahan Ayuni mengangkat punggungnya dan berlalu untuk masuk ke rumah.

“Ya Allah, kau ampunilah segala dosa-dosaku. Aku tahu Ya Tuhan, aku telah banyak melupakanmu. Banyak membuat dosa sekaligus menganiayai anugerahmu padaku. Kau pertemukanlah aku dengan isteriku ya Allah. Sesungguhnya aku ingin sekali meminta ampun padanya. Permudahkanlah pencarianku Ya Allah. Amin,” Iskandar meraup tangan ke mukanya. Sesungguhnya mimpi yang dialaminya 2 malam berturut-turut itu sangat hebat. Sudah 2 bulan lebih dia berusaha untuk menjejaki Ayuni tetapi belum mendatangkan hasil. Dia ingin memohon maaf di atas segala perbuatannya selama ini. Dia tahu mimpi yang mendatanginya ada kaitan dengan perlakuannya terhadap Ayuni. Masih terasa bahang panas yang membakar dirinya. Dia yang terlantar di sebuah tempat gelap meraba-raba sambil menjerit meminta tolong. Tiba-tiba dari jauh dia melihat satu cahaya menghampirinya. Kelihatan wajah manis isterinya yang tersenyum memandangnya. Dia menjerit memanggil nama isterinya dan minta diselamatkan dari tempat tersebut. Tetapi Ayuni hanya memandangnya sambil tersenyum dan berlalu pergi. Setelah Ayuni berlalu pergi tiba-tiba badannya disambar api yang entah dari mana datangnya. Dia menjerit meminta tolong namun tiada siapa pun yang mendengar jeritannya. Saat itulah dia tersedar dan dia mengucap panjang. 2 malam dia mengalami mimpi yang sama. Iskandar melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia termenung. Dia tidak tahu ke mana lagi harus dia mencari isterinya itu. Selama seminggu dia berusaha keras mencari Ayuni, Linda pernah mencarinya tetapi dia tidak mempedulikan Linda membuatkan gadis itu merajuk kepadanya. Iskandar tidak kisahkan semua itu lagi kerana matlamatnya hanya satu, iaitu mencari Ayuni dan memohon maaf kepada isterinya di atas segala perbuatan kejamnya selama ini. Tiba-tiba terngiang-ngiang di telinganya jeritan Ayuni yang mengaduh kesakitan. Rintihan Ayuni yang meminta simpati daripadanya. Perlahan-lahan air mata Iskandar menitis. Dia tidak mampu lagi menanggung dosa-dosa itu. Dia bangkit dari duduknya dan menuju ke almari pakaian. Dia ingin keluar untuk menenangkan fikirannya.
“Ayu tak nak lah kak. Kakak keluar je lah ye,” Ayuni memujuk Ustazah Sharimah supaya tidak mengajaknya keluar. Ustazah Sharimah yang telah dipanggilnya kakak itu memandang geram. Dia tidak mempedulikan pandangan tajam Ustazah Sharimah. Sememangnya dia tidak mahu keluar ke mana-mana. Dia bimbang akan bertembung dengan suaminya. Dia tidak mahu kembali lagi ke pangkuan suaminya. Memang dia tahu berdosa kerana telah meninggalkan suaminya tanpa pesan tetapi dia berbuat begitu kerana ingin menyelamatkan kandungannya daripada mangsa suaminya. Walaupun banyak kali Ustazah Sharimah menasihatinya tetapi tidak pernah diambil maklum. Baginya Iskandar tidak pernah wujud dalam hidupnya dan dia meneruskan hidup pun kerana anak yang bakal menceriakan hidupnya tidak lama lagi.
“Sampai bila Ayu nak begini. Takkan selamanya Ayu nak hidup dan takut pada suami sendiri. Ayu kena hadapinya,” leter Ustazah Sharimah. Ayuni memandang wajah Ustazah Sharimah meminta simpati.
“Takde..Takde..Malam ni Ayu mesti keluar ikut kakak. Sekarang Ayu pergi kemas. Kakak tunggu kat sini,” dengan perasaan malas akhirnya Ayuni terpaksa menurut.
Dari satu kedai ke satu kedai mereka susuri. Ayuni tersenyum gembira kerana sudah lama di tidak menjejakkan kaki ke tempat sebegitu. Kalau dulu semasa dia berkasihan dengan Sharul, cakap sahaja dimana pasti pernah dijejakinya. Dengan segera, Ayuni menepis kenangan itu. Dia tidak mahu kenangan itu mengganggu mood nya yang sedang gembira ketika ini.
“Ayuni,” panggilan pada namanya membuatkan Ayuni menghentikan langkahnya. Dia tidak mahu menoleh kerana dia tahu siapakah gerangan yang memanggilnya. Dengan perasaan yang berdebar-debar Ayuni hanya berdiri kaku mendengar derap kaki yang semakin menghampirinya.
“Ayu apa khabar?” tanya Iskandar. Dia tidak menduga bahawa malam ini dia akan bertemu dengan isterinya itu. Hatinya gembira bukan kepalang. Diam-diam dia mengucap syukur kepada Allah kerana mempertemukannya dengan insan itu.
“Khabar baik. Awak?” tiada lagi panggilan abang untuk Iskandar. Iskandar memandang Ayuni yang sedang menunduk. Dia memegang dagu Ayuni dan mengangkatnya perlahan. Ayuni memejamkan mata. Tiba-tiba menitis air mata keluar dari wajah bersih itu. Iskandar kalut.
“Ayu, kenapa Ayu menangis. Maafkan abang kerana buat Ayu menangis,” dengan rasa yang berdebar Iskandar memujuk Ayuni. Dia berasa kekok kerana selama ini dia tidak pernah memujuk wanita itu dikala wanita itu dirundung kesedihan. Kesedihan yang terhasil daripada perbuatannya. Perbuatan mereka disaksikan oleh Ustazah Sharimah. Ustazah Sharimah dapat merasakan perubahan Iskandar. Walaupun sebelum ini dia cuma mendengar cerita dari mulut Ayuni tetapi sekarang dia betul-betul yakin bahawa Iskandar yang berdiri di hadapannya benar-benar telah berubah. Atas sebab apa perubahan itu hanya Iskandar sendiri yang mengetahuinya.
“Awak, tak payahlah awak nak ambil berat pasal diri saya,” perlahan-lahan Ayuni menolak tangan Iskandar dan berlalu mendapatkan Ustazah Sharimah.
“Ayuni, sudikah kiranya Ayuni memberi peluang kedua buat insan kejam seperti saya?” dengan suara yang terketar-ketar Iskandar bersuara. Ayuni menghentikan langkahnya. Dia menoleh memandang wajah Iskandar yang telah lencun oleh air mata.
“Saya insan hina yang tak layak untuk bergandingan dengan awak Iskandar. Memang selama ini saya banyak berbuat dosa tetapi saya telah berjanji kepada diri saya untuk berubah apabila saya sah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama Syed Iskandar Aizam. Tapi apa yang saya dapat. Hanya sepak terajang dan caci maki awak di atas kesalahan yang saya sendiri tidak tahu. Saya doakan awak bahagia Iskandar. Lepaskan saya dengan cara baik. Saya berjanji lepas ini saya tidak akan mengganggu hidup awak dan perempuan-perempuan di luar sana yang selalu awak dampingi,” Ayuni menarik tangan Ustazah Sharimah untuk berlalu dari situ.
“Saya tahu saya banyak berbuat dosa pada awak Ayuni dan saya mohon pada awak supaya memberi saya peluang kedua untuk membaiki segala kesilpan saya pada awak,”
“Hati saya dah terlalu lama terluka Iskandar. Memang dari dulu lagi saya menantikan saat ini untuk saya mendengar perkataan maaf daripada awak. Tetapi sekarang semuanya sudah tidak berguna lagi. Hati saya dah tertutup buat insan bernama lelaki. Maafkan saya Iskandar. Halalkan segala makan minum saya selama saya bergelar isteri awak. Saya akan failkan penceraian kita. Saya harap awak bersetuju dengan permintaan saya. Lepaskan saya Iskandar. Jangan seksa saya lagi,” Ustazah Sharimah memeluk Ayuni sambil mententeramkannya.
“Ayuni, sekali lagi saya memohon. Berilah saya satu lagi peluang untuk saya berbakti sebagai seorang suami yang bertanggungjawab pada awak. Saya janji akan membahagiakan awak Ayuni,” Iskandar tidak berputus asa untuk merayu.
“Maafkan saya Iskandar. Maafkan saya,” Ayuni menghampiri Iskandar dan menggapai tangan suaminya dan dibawa ke bibirnya. Dia mengucup tangan suaminya perlahan. Makin deras air mata menuruni pipi Iskandar mengenangkan keluhuran sikap isterinya. Dia hanya mampu memandang langkah isterinya yang semakin menjauh. Air mata semakin laju mengalir di pipinya. ’Pergilah sayang jika itu pilihanmu dan jika itu adalah jalan kebahagiaanmu. Abang izinkan Ayuni pergi dengan harapan suatu hari nanti kita akan bersatu kembali. Abang tidak akan lepaskan sayang pergi dari hidup abang’ rintih Iskandar sendiri.

Iskandar merenung gambar yang berada di atas mejanya. Seorang wanita yang tersenyum manja sedang memandangnya. Gambar yang diambilnya dari bilik isterinya suatu ketika dahulu. ’Ayuni’ nama itu terbit dari hatinya. Sudah 4 tahun perkara di shopping complex itu terjadi namun tetap segar di ingatan Iskandar. Setiap hari dia berdoa semoga dibukakan pintu hati isterinya untuk menerima dirinya kembali. Walaupun dia sendiri tidak tahu dimana isterinya berada tetapi dia tetap mendoakan keselamatan dan kebahagiaan isterinya itu. Memang sengaja dia tidak datang ke mahkamah dahulu apabila isterinya memfailkan penceraian mereka kerana dia tidak mahu melepaskan Ayuni. Dia sudah mula menyayangi Ayuni walaupun dia tahu mereka tidak mungkin hidup bersama.
“Encik Iskandar. Ada seorang customer nak berjumpa dengan encik,” satu suara mengejutkan Iskandar. Dia mendongak memandang wajah setiausahanya yang tepacul di depan pintu bilik.
“Awak tak reti nak ketuk pintu ke Shima?” marah Iskandar. Shima hanya terkulat-kulat memandang ketuanya yang tiba-tiba naik angin itu. “Saya dah ketuk banyak kali encik tapi takde respon. Saya takut something happen kat Encik Iskandar tetapi bila saya bukak pintu memang betul dugaan saya. Encik Iskandar dah dijangkiti satu penyakit,” walaupun tahu ketuanya sedang marah tetapi Shima tidak peduli malah sempat lagi dia bergurau. Iskandar mengerutkan keningnya. Sememangnya dia amat menyenangi Shima kerana setiausahanya itu tidak pernah mengambil hati di atas setiap perlakuannya.
“Penyakit termenung,” jawab Shima ringkas. Iskandar tiba-tiba tertawa.
“Nakal awak ye. Pandai ambil hati saya. Siapa yang nak jumpa saya?” Iskandar bertanya apabila melihat Shima yang ingin berlalu keluar. Shima mengangkat bahunya. “Menurut dia, namanya Zaharah. Dia nak sangat jumpa dengan encik. Tapi jangan encik tersangkut pulak kat dia nanti ye,” Shima berlalu keluar sambil mengenyitkan matanya ke arah Iskandar. Iskandar tertawa lucu. Jika dulu mungkin dia tergoda dengan semua itu tetapi tidak lagi sekarang. Kasihnya hanya satu, untuk insan bergelar isteri yang telah lama dirinduinya.
Ketukan di pintu kedengaran. Iskandar menunggu gerangan yang akan muncul memandangkan dia tidak mempunyai kenalan yang bernama Zaharah. Seorang wanita bertudung masuk sambil menundukkan kepala.
“Assalammualaikum,” suara yang amat dikenalinya. Iskandar bangkit dari duduknya dan berjalan menghampiri wanita yang masih lagi menundukkan wajahnya. Dia berdiri di hadapan wanita tersebut dan tangannya mengangkat dagu wanita itu. Dia terpana. Wajah yang dirinduinya selama ini berada di depan mata. Iskandar membisu tidak terkata. Memang dia terkejut dengan kemunculan Ayuni yang tidak diduga itu. Kenapa langsung dia lupa nama penuh isterinya itu. Ayuni Zaharah! Dalam hatinya bersyukur kerana Ayuni mahu datang menemuinya.
“Ayu apa khabar. Makin cantik Ayu sekarang. Duduklah,” Iskandar menarik kerusi dan mempersilakan Ayuni duduk. Ayuni menurut. Dia memandang wajah Iskandar. Tidak banyak perubahan. Betapa selama ini seksa dia menanggung rindu terhadap lelaki itu. Sejak pertama kali diijabkabulkan dulu, Ayuni telah memupuk hatinya untuk mencintai Iskandar tetapi dia tidak menyangka hanya seksaan yang diterimanya dari lelaki itu tetapi semua itu tidak pernah melunturkan rasa sayangnya terhadap suaminya itu malah setiap hari dia berdoa semoga Iskandar berubah dan mampu menerimanya. Namun ketika semua harapannya hampir menjadi nyata, hatinya tidak mampu lagi menerima kerana kelukaan yang dilakarkan Iskandar dalam kanvas hidupnya tidak mampu untuk dia tanggung lagi lalu dia membuat keputusan untuk membawa diri walaupun di hatinya sarat menggunung rasa sayang terhadap Iskandar. Hampir-hampir dia mengalah dan menerima Iskandar suatu masa dahulu tetapi dia menguatkan juga hatinya untuk berhadapan dengan kenyataan pahit yang dia sendiri putuskan.
“Ayu,” panggilan lembut itu mengejutkan Ayuni.
“Ayu pandang abang macam nak makan abang je. Rindu dengan abang ye,” Iskandar ketawa apabila melihat wajah Ayuni yang mula memerah. Ayuni menundukkan kepalanya. Dia tidak menyangka bahawa perbuatannya menjadi perhatian. Memanglah menjadi perhatian kerana dia mengelamun sambil memandang wajah suaminya.
“Pandanglah wajah abang sayang. Abang suka tengok Ayu tenung abang macam tu,” Iskandar meraih tangan Ayuni. Dia menggenggamnya erat. Ayuni masih menunduk.
“Awak,” akhirnya keluar juga suara Ayuni setelah lama mendiamkan diri. Iskandar memandang wajah Ayuni sambil menunggu butir-butir seterusnya yang bakal keluar dari bibir mungil itu.
“Kenapa Ayuni?”
“Errk saya….sa..ya..awak,” Ayuni tidak mampu untuk meneruskan percakapannya.
“Sejak bila isteri abang ni jadi gagap,” Iskandar mengelus-elus pipi lembut Ayuni. Ayuni hanya membiarkan sahaja kerana sememangnya selama ini di dahagakan semua itu. Dia dahagakan belaian kasih sayang dari suaminya walaupun selama ini dia tidak pernah dilayan seperti layaknya.
“Saya datang nak minta maaf. Saya banyak buat dosa pada awak. Walau macam mana jahat pun awak pada saya, awak tetap suami saya dan saya tinggalkan awak di saat awak mulai menyedari segala kesilapan awak. Saya pentingkan diri sendiri,” Ayuni menitiskan air mata. Betapa selama ini dia sendiri yang menanggung seksa kerana keegoannya tetapi dia pergi kerana tidak mahu terus disakiti walaupun dia tahu perkara itu tidak akan berulang lagi lantaran Iskandar sendiri yang datang merayu dan meminta maaf padanya. Atas pujukan Ustazah Sharimah dia menguatkan hati untuk datang menemui Iskandar. Di sebalik itu dia juga mahu memberi kehidupan yang sempurna buat puterinya yang telah lahir 4 tahun yang lalu.
“Tidak sayang. Selama ini abang yang mementingkan diri sendiri. Abang yang membuatkan Ayu menderita dan terseksa. Maafkan abang,” Iskandar menarik Ayuni ke dalam dakapannya. Ayuni membalas pelukan suaminya. Hari ini dia telah bersedia untuk mengharungi hidup bersama-sama Iskandar. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke pejabat Iskandar sebentar tadi, dia telah bertekad bahawa dia akan bersama-sama mengharungi susah senang bersama Iskandar.
Ayuni melepaskan pelukan Iskandar. Dia memandang wajah Iskandar. Mereka sama-sama mengukirkan senyuman.
“Malam ini datang rumah saya,” Ayuni menghulurkan alamat kepada Iskandar. Iskandar menyambut perlahan.
“Abang pasti datang sayang,”
“Saya nak kenalkan awak dengan seseorang,”
Iskandar menganggukkan kepala. Dia mengucup ubun-ubun Ayuni seusai Ayuni menyalami tangannya. Dia memerhatikan langkah Ayuni sehingga tubuh langsing isterinya hilang di sebalik pintu. Hatinya tidak sabar menunggu malam. Dia melihat alamat yang diberikan Ayuni sebentar tadi. Dia terkejut bukan kepalang. Rupanya selama ini mereka tidak pernah berjauhan. Ayuni tinggal tidak berapa jauh dari rumah mereka. Kenapa selama ini dia tidak menduga semua itu. Habis sahaja waktu pejabat Iskandar keluar tergesa-gesa dari pejabatnya. Usikan Shima hanya dibalas dengan senyuman. Malam ini adalah malam yang terlalu istimewa buatnya. Dia juga ternanti-nantikan seseorang yang bakal dikenalkan Ayuni padanya.
Sesudah membersihkan diri dan bersolat, Iskandar bertolak menuju ke rumah Ayuni. Patutlah selama ini dia tidak menyedari Ayuni tinggal di situ, rumah yang diduduki Ayuni itu jauh ke belakang tetapi masih lagi sama dengan kawasan tempat tinggalnya. Dengan hati yang berdebar-debar Iskandar menekan loceng rumah tersebut. Kelihatan pintu utama terbuka tidak lama kemudian. Seorang wanita bertudung labuh mempersilakannya masuk. Iskandar melangkah masuk setelah melafazkan bismillahirrahmanirrahim serta memberi salam. Kelihatan Ayuni sedang menyusun sesuatu di atas meja.
“Saya nak naik ke atas dulu. Ayu, suami Ayu dah sampai ni. Akak nak naik ke atas dulu ye,” Ustazah Sharimah memandang Ayuni. Ayuni menoleh dan terpandanglah wajah kacak suaminya. Ayuni menganggukkan kepala.
“Cantik isteri abang malam ni. Sayang nak kenalkan siapa pada abang. Kenalkan ustazah tadi ke? Kalau yang tu abang dah kenal 4 tahun yang lalu,” Iskandar sengaja mengusik isterinya. Ayuni memandang wajah Iskandar. Dia tersenyum manis.
“Bukan dialah bang. Kejap lagi ye Ayu kenalkan,” Iskandar tersenyum apabila mendengar panggilan Ayuni sebentar tadi. Dia memerhatikan Ayuni yang berlalu masuk ke dalam bilik dan keluar sambil mengendong seorang anak kecil. Iskandar berdiri dan memerhatikan anak kecil itu. Anak akukah itu? Desis hati kecilnya.
“Abang, kenalkan Sharifah Iman Amira binti Syed Iskandar Aizam,” sekarang tahulah Iskandar bahawa yang dikendong Ayuni itu adalah puterinya. Iskandar mengambil anak kecil itu daripada Ayuni.
“Pakcik ni kawan mama ye?” petah mulut itu bertanya apabila dia sudah berada dalam pelukan Iskandar. Iskandar mengalirkan air mata. Dia tidak menyangka bahawa dia masih mampu untuk mendengar kepetahan puterinya yang selama ini tidak pernah dikenali.
“Kenapa pakcik menangis. Iman ada salah cakap ke?” wajah Iman yang bimbang menggamit tawa Iskandar.
“Peliklah pakcik ni, sekejap menangis sekejap ketawa,” Iman melepaskan pelukan Iskandar dan berjalan menghampiri mamanya. Ayuni hanya ketawa melihat telatah Iman.
“Mama, mama nak kahwin dengan pakcik tu ke? Dia tak betullah mama,” sambil berbisik kepada mamanya, Iman memandang Iskandar yang datang menghampiri mereka.
“Tak baik Iman cakap macam tu. Kalau mama kahwin dengan pakcik ni, Iman akan ada papa. Iman tak nak ke ada papa. Nanti papa boleh belikan mainan untuk Iman. Papa boleh temankan Iman bermain,” Ayuni mengharapkan tindak balas positif daripada anaknya itu. Iman merenung wajah Iskandar.
“Oklah kalau macam tu. Mama boleh kahwin dengan pakcik tapi pakcik kena janji satu perkara,”
“Apa dia sayang?”
“Pakcik kena janji dengan Iman yang pakcik takkan buat mama Iman menangis. Sebab Iman selalu tengok mama menangis dan bersedih. Iman tak nak pakcik buat mama menangis. Kalau tak, siap pakcik,” Iman memberi amaran. Iskandar tertegun mendengar tutur bicara yang lahir dari bibir anak kecil itu. Memang selama ini Ayuni banyak bersedih dan menderita kerana perbuatannya.
“Pakcik janji sayang. Pakcik takkan sekali-kali biarkan mama Iman menangis lagi dan pakcik berjanji akan menjadi seorang papa yang bertanggungjawab untuk Iman dan suami yang baik untuk mama Iman,” Iskandar meletakkan tangannya di atas kepala Iman sambil matanya memerhatikan Ayuni yang sedang mengelap air mata. Pandangannya jatuh ke wajah Iman. Mata itu mengingatkannya pada seseorang. Mata itu milik Hani Damia. Dia lupa bahawa Ayuni juga adalah ibu saudara kepada Hani Damia dan sekarang mereka dikurniakan seorang anak yang memiliki sepasang mata yang menyerupai mata Hani Damia. Tiba-tiba Iman memeluknya erat. Iskandar membalas pelukan anak kecil itu sambil mengucup lembut ubun-ubunya. Dia tahu selama ini Iman dahagakan kasih sayang seorang lelaki yang dipanggil ayah.

“Terima kasih sayang,” Iskandar memeluk erat pinggang Ayuni dari belakang. Dari tadi dia mencari Ayuni dan tiba-tiba matanya terpandangkan susuk tubuh isterinya itu sedang berdiri di balkoni sambil memerhati ke langit. Sudah 2 hari mereka berpindah ke rumah mereka sendiri. Walaupun masih trauma apabila melihat rumah tersebut, namun Ayuni tetap menguatkan dirinya untuk melangkah masuk ke rumah itu. Nasib baik Iman tidak banyak kerenah apabila diajak berpindah. Maklumlah, dia amat rapat dengan Ustazah Sharimah.
“Terima kasih juga kerana sudi terima insan hina seperti Ayuni,” Ayuni memusingkan badannya dan membalas pelukan suaminya.
“Abang yang hina, bukan Ayu. Abang minta maaf sekali lagi,” Iskandar menarik dagu Ayuni supaya memandangnya. Dia mengucup dahi Ayuni. Lama. Ayuni hanya mendiamkan diri apabila bibir suaminya singgah di dahinya.
“Abang sayangkan Ayuni dan abang sayangkan Iman. Abang janji abang akan beri kebahagiaan pada Ayuni dan juga Iman. Mungkin pada anak-anak kita seterusnya,” Iskandar mengenyitkan matanya. Ayuni menunduk menahan malu.
“Abang, boleh Ayu tanya satu soalan?”
“Sayang nak tanya apa?”
“Kenapa abang benci Ayu selama ini?”
Iskandar terpana. Sebolehnya dia tidak mahu lagi benda itu diungkit tetapi Ayuni juga ada hak untuk mengetahui. “Sayang, suatu hari nanti abang akan ceritakan. Cukuplah sekarang sayang tahu bahawa abang sangat-sangat menyesal di atas perbuatan abang. Abang sayangkan Ayu,”
“Ayu pun sayangkan abang. Sayang selamanya,” Mereka berpelukan di bawah cahaya bulan yang mengambang penuh. Menjadi saksi cinta mereka yang mula berputik. Iskandar memimpin tangan Ayuni dan mereka sama-sama melangkah masuk. Hati Iskandar telah lama mendendangkan lagu nyanyian Afgan, ’Terima kasih Cinta’.

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaaa
Kesalahanku yang pernah menyakitimu…….

-TAMAT-
*Akhirnya saya berhasil menonjolkan karya kedua saya di penulisan2u ini. Terima kasih penulisan2u dan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca. Komen serta kritikan anda semua akan menguatkan lagi semangat saya untuk menulis. Semoga selepas ini saya mampu untuk menghasilkan sebuah novel. Semoga bertemu lagi di karya yang seterusnya. Insyaallah…*
Wassalam....

May 29, 2010

Cerpenku: Fatin Lahir Untuk Ibu

Oleh : Cheeq_Yah

“Fatin!!!!!” jerit Safura lantang. Dia geram kerana tidak ternampak bayang anaknya di ruang tamu itu. Fatin yang mendengar namanya dipanggil dengan serta-merta segera naik ke rumah. Dia yang sedari tadi sedang duduk di buaian di halaman rumahnya segera mendapatkan ibunya.
“Ada apa bu?” tanya anak kecil itu. Safura merenung wajah anaknya bagaikan singa kelaparan. Fatin yang melihat pandangan tajam ibunya segera menundukkan wajah.
“Kau dari mana?” tanya Safura kasar. Setiap kali melihat wajah anaknya itu, marahnya seakan menjadi-jadi. Dia benci melihat wajah itu.
“Fatin dari halaman,” jawab Fatin takut-takut. Dia masih menundukkan wajahnya. Perbuatannya itu membuatkan Safura menjadi semakin marah.
“Kalau bercakap dengan aku, pandang wajah aku,” Safura memegang dagu Fatin dan menolaknya ke atas membuatkan Fatin terpaksa bertentang mata dengan wajah bengis ibunya.
“Kenapa kau tak kemas bilik aku?” Safura melepaskan tangannya dan merenung wajah kecil itu.
“Tadi ibu masih tidur, jadi Fatin tak nak ganggu ibu,” jawab Fatin jujur. Safura mendengus marah. Dia terlalu benci melihat wajah kecil itu.
“Sekarang kau pergi kemaskan bilik aku. Aku benci tengok muka kau kat sini,” Safura memandang ke arah lain menandakan betapa dia benci melihat wajah Fatin. Fatin segera berlalu menuju ke bilik ibunya. Dia tahu kalau dia lambat bertindak, pasti penangan ibunya hinggap di tubuhnya. Fatin mengemas katil ibunya dengan cermat sekali. Dia tidak mahu merosakkan sebarang alatan yang ada di bilik itu. Kalau tidak pasti dia menjadi sasaran kemarahan ibunya yang tiada kesudahan itu. Fatin tidak mengerti mengapa ibunya terlalu membenci dirinya. Sedari kecil, hanya tamparan ataupun tengkingan kasar dari wanita bernama ibu yang pernah dirasai Fatin. Bukannya belaian manja mahupun kucupan sayang yang dia terima. Hanya pada nenek dan atuknya tempat Fatin bermanja. Safura tidak akan berani mengangkat tangan kepada Fatin jika di hadapan nenek dan atuknya.
“Apa yang kau menungkan kat bilik aku ni?” satu suara mengejutkan Fatin. Dia segera berdiri dan berlalu dari situ namun terkaman kasar di rambutnya membuatkan dia terhenti dan mengaduh kesakitan.
“Aku benci tengok kau. Dari hari ke hari aku hanya dapat doakan semoga kau takde lagi kat muka bumi ni,” Safura mendekatkan mulutnya ke telinga Fatin. Fatin hanya mampu mengalirkan air mata. Dia tidak tahan diperlakukan sebegitu.
“Ibu, kenapa ibu benci sangat dengan Fatin. Kenapa ibu tak bunuh saja Fatin sewaktu kecil dulu?” dengan air mata yang berlinangan Fatin memandang wajah ibunya.
“Kau takde hak nak soalkan semua itu. Apa yang pasti aku nak kau tahu, aku sangat bencikan kau,” Safura menampar muka Fatin dan menolak kepala Fatin sekuat hati membuatkan badan Fatin terdorong ke hadapan.
“Aku nak kau pergi sekarang. Sebolehnya aku tak nak tengok muka kau,” tunjuk Safura ke muka Fatin. Fatin segera berlalu dari situ dan mencari neneknya. Hanya pada wanita tua itulah dia mengadu segala.

“Nenek,” Fatin menegur neneknya yang sedang leka mencangkul tanah di kebun belakang rumah mereka. Azizah menoleh dan tersenyum memandang wajah comel cucunya.
“Kenapa sayang?” tanya Azizah lembut. Dia menghampiri cucunya yang telah duduk di atas hamparan surat khabar yang memang disediakan oleh Azizah untuknya berehat.
“Fatin nak temankan nenek kat sini,” Fatin tersenyum manis. Azizah merenung wajah Fatin. Kanak-kanak yang berusia 10 tahun itu mempunyai wajah mirip sekali dengan Safura, ibunya. Tetapi dia amat tekilan dengan sikap Safura yang terlalu membenci anaknya itu. Bukan dia tidak pernah menasihati anaknya itu malah telah berkali-kali dia menasihati Safura namun teguran itu hanya dipandang kosong. Sebenarnya dia tidak tahan melihat tubuh kecil itu menjadi mangsa kemarahan ibunya.
“Kenapa Fatin nak temankan nenek? Kat sini panas. Fatin masuklah dan ulangkaji pelajaran ye,” nasihat Azizah lembut. Fatin menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak mahu masuk ke rumah.
“Kenapa ni sayang. Ibu marah lagi ye? Azizah berpura-pura bertanya. Fatin hanya mendiamkan diri dan memandang ke hadapan.
“Kenapa ibu benci Fatin nek?” tanya Fatin sayu. Azizah sebak mendengarnya tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada Fatin masalah ibunya.
“Ibu tak benci Fatin, ibu letih je tu,” Azizah beralasan.
“Tapi, takkan hari-hari letih. Dari Fatin kecil lagi ibu macam tu. Ibu tak pernah peluk Fatin, tak pernah cium Fatin,”
Azizah memandang sayu wajah Fatin. Dia kasihan melihat wajah anak yang tidak berdosa itu.
“Nenek kan ada,” Azizah memeluk Fatin yang berada di sebelahnya.
“Tapi nek, kasih sayang nenek dan ibu tak sama. Fatin ingin sekali merasa ibu peluk Fatin,” Fatin mendongak memandang wajah neneknya. Azizah segera melarikan wajahnya. Dia tidak sanggup untuk menatap wajah Fatin yang mengharapkan jawapannya.
“Nenek masih banyak kerja ni. Kalau Fatin nak temankan nenek, Fatin tolong ambil air untuk nenek ye,” pinta Azizah. Fatin tersenyum lantas bangun dan menganggukkan kepala. Azizah hanya memerhati hingga kelibat Fatin hilang dari pandangan.
“Oi Jah,” terangkat sedikit bahu Azizah kerana terkejut. Dia menoleh dan terlihatlah wajah suaminya yang sedang tersengih-sengih.
“Abang ni kan, kalau saya ada sakit jantung, lama dah jalan,” Azizah memarahi suaminya.
“Awak tengok apa tadi tu, khusyuk sangat,” tanya Rahman kepada isterinya.
” Tengok Fatin,”
” Eh, mana dia?” tanya Rahman. Dia mencari-cari kelibat cucunya.
“Saya suruh dia ambil air tadi,” Azizah yang menyedari gelagat suaminya yang mencari Fatin segera menjawab. Rahman menganggukkan kepala. Dia duduk di atas hamparan surat khabar untuk melepaskan lelah.
Safura yang sedang bersarapan di dapur terkejut melihat kemunculan Fatin yang tiba-tiba itu. Dia yang ingin menyuap nasi ke mulut tidak jadi berbuat demikian. Fatin terkejut melihat ibunya. Dia tergamam.
“Apa yang kau buat kat situ bahlol,” Safura hilang selera melihat Fatin.
“Err..Fatin nak ambil air untuk nenek,” terang Fatin. Dia takut melihat wajah bengis ibunya.
“Pergi ambil cepat, lepas tu berambus. Hilang selera aku tengok muka kau kat sini,”
Dengan cepat, Fatin mengambil air yang dipinta neneknya sebentar tadi.
“Lain kali, kalau aku tengah makan, jangan sekali-kali kau tunjukkan wajah kau tu. Aku benci,” Fatin menganggukkan kepala lantas pergi dari situ. Safura hanya memerhati sehingga tubuh kecil itu hilang dari pandangan. Safura mengeluh kecil. Dia tidak tahu mengapa dia terlalu membenci Fatin. Dia tahu Fatin tidak bersalah tetapi setiap kali dia melihat wajah itu, kemarahannya meluap tiba-tiba.

Safura merenung ke luar melalui tingkap bilik pejabatnya. Dia tidak ada mood hendak bekerja. Kata-kata emaknya malam tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Apa lagi yang kau mahu Safura?” tanya emaknya lembut. Ketika itu dia berkira-kira mahu tidur apabila emaknya datang mengetuk pintu biliknya.
“Apa maksud mak?” tanya Safura hairan. Dia tidak faham apabila terus diajukan soalan sebegitu.
“Safura tahukan anak itu anugerah Tuhan. Kalau Safura aniaya Fatin, samalah seperti Safura aniaya pemberian Tuhan,” nasihat emaknya. Sekarang tahulah Safura topik yang hendak dibincangkan oleh emaknya.
“Mak, kalau mak datang nak bincangkan hal ini, baik lupakanlah. Safura penat, nak tidur,” dalih Safura.
“Kau tak kesian ke tengok wajah budak tu Safura. Dia tak bersalah,” emaknya masih tidak putus asa.
“Mak, Safura tak naklah bincangkan hal ni. Safura tak nak peningkan kepala fikirkan pasal budak tu. Safura nak tidur,” Safura segera menarik selimut sehingga menutup kepalanya. Azizah hanya mampu mengeluh mengenangkan gelagat anaknya yang seorang itu.
Tiba-tiba interkomnya berbunyi sekaligus mengejutkan Safura dari lamunannya.
“Ada apa Nani?” tanya Safura pada setiausahanya itu.
“Ada panggilan untuk puan,”
“Sambungkan,” pinta Safura.
Selepas bercakap beberapa minit dengan pemanggil tadi, hati Safura membara marah. Dia segera mencapai beg tangannya dan berlalu keluar.
“Nani, saya ada hal. Saya keluar dulu. Kalau ada panggilan untuk saya, ambil pesanan,” Safura berpesan pada setiausahanya.
“Baik puan,” Nani menganggukkan kepala. Dari pagi tadi dia melihat bosnya itu tiada mood.
Safura tiba di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Muara dan terus berjalan menuju ke bilik guru. Sampainya dia di sana, dia melihat wajah anaknya dan masih terdapat sisa air mata di pipi itu. Safura ingin sekali memeluk anak itu namun kerana ego dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.
“Kenapa dengan anak saya cikgu?” Safura terus bertanya pada guru wanita yang berada di hadapannya itu. Dia tidak mahu membuang masa berlama-lama di situ.
“Tadi kami menangkap beberapa orang budak tengah bergaduh di belakang sekolah dan anak puan terlibat sama,” guru wanita tadi menerangkan pada Safura. Safura menoleh ke arah Fatin dan merenungnya dengan pandangan yang tajam. Fatin menundukkan kepala.
“Kita tunggu parents budak-budak yang lain datang dulu, barulah kita dapat selesaikan kes ini,” terang guru tadi. Safura memandang guru tersebut. ’Khadijah’ nama yang terpampang di tanda namanya. Safura menganggukkan kepala.
Safura melangkah dengan laju menuju ke keretanya. Fatin berlari anak mengejar langkah ibunya. Dia menundukkan wajahnya tatkala bertembung pandang dengan pandangan bengis ibunya.
“Masuk,” arah Safura kasar lantas menolak kepala Fatin. Fatin yang ketakutan segera mengikut. Dia tidak mahu ibunya melepaskan marah di tempat sebegini. Safura menghenyakkan tubuhnya di kerusi pemandu bersebelahan dengan kerusi Fatin. Dia memandang bengis wajah anaknya itu.
“Kau nak apa sebenarnya? Kau nak tunjukkan pada aku ke yang engkau tu hebat?” Safura menunjal kepala Fatin. Fatin hanya membisu.
“Woi pekak. Aku cakap dengan kau,” jerit Safura lantang. Fatin yang terkejut segera mendongak memandang wajah ibunya mengharap simpati.
“Fatin tak gaduh bu,” Fatin mengharapkan supaya ibunya faham.
“Habis tu, kau ingat cikgu-cikgu kat sana buta hingga tak dapat bezakan antara bergaduh dengan tak,” Safura geram melihat Fatin yang masih ingin berdalih.
“Bukan Fatin yang gaduh bu. Fatin lalu kat belakang tu, alih-alih Fatin tengok mereka bergaduh. Tak lama lepas tu, cikgu pun datang dan mereka fikir Fatin terlibat sama,” terang Fatin.
“Kau ingat aku ni bodoh macam kau,” Safura manarik rambut Fatin. Fatin menjerit kecil.
“Kau ni memang tak sedar diuntung. Aku dah besarkan kau, dah sekolahkan kau. Macam ni kau balas pada aku. Apa sebenarnya yang kau nak tunjuk?” Safura menampar wajah kecil itu membuatkan Fatin mengalirkan air mata.
“Aku tak nak tengok air mata itu. Apa kau ingat dengan air mata itu, aku akan simpati pada kau. Jangan harap!!!” Fatin segera mengelap air matanya. Dia tidak mahu ibunya terus memarahinya. Sebenarnya Safura tidak tega untuk melihat air mata yang mengalir di wajah itu. Dia sebolehnya tidak mahu melihat wajah itu mengalirkan air mata tetapi dia masih tidak mampu untuk menundukkan egonya. Dia masih mahu melihat anak itu terseksa.
“Aku benci tengok kau. Hidup kau dari kecil tak habis-habis menyusahkan aku,” Safura menghidupkan enjin keretanya dan berlalu dari sekolah itu. Fatin hanya mendiamkan diri. Dia tidak berani memandang wajah ibunya. Dia hanya memandang ke luar kereta dan hanya mampu mengalirkan air mata. Fatin amat menyayangi ibunya itu. Seboleh mungkin dia ingin menjadi kebanggaan ibunya tetapi dia tahu semua itu tidak mungkin terjadi lantaran sikap ibunya yang dari hari ke hari semakin membencinya.
Safura menghentikan keretanya di halaman banglo 2 tingkat itu. Dia menoleh ke sebelah dan melihat Fatin yang sedang nyenyak tidur. Tersentuh naluri keibuannya melihat wajah comel itu. Ingin dia menyentuh pipi mulus itu tetapi keegoan menegahnya. Dia keluar dari keretanya lantas masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Fatin yang masih nyenyak itu.
“Mak,” panggil Safura. Azizah yang sedang memasak di dapur terkejut mendengar jeritan Safura.
“Awal Safura balik?” tanya Azizah hairan. Dia mendekati Safura. Dia hairan kerana tidak pernah Safura balik ke rumah seawal itu.
“Cucu mak tu lah buat hal kat sekolah. Sakit hati Safura ni mak,” Safura menunjuk ke dadanya.
“Mana Fatin?” tanya Azizah. Entah apa pulak yang terjadi kali ini.
“Dalam kereta. Tengah tidur,” jawab Safura malas. Dia merebahkan badannya di atas sofa yang sedang diduduknya itu.
“Laa. Kenapa tak bawa masuk?” Azizah melangkah menuju ke luar rumah. Dia melihat Fatin sedang tidur dengan nyenyaknya dengan kepala yang sedikit terlentok. Azizah tersenyum melihat cucunya itu.
“Fatin. Bangun sayang,” kejut Azizah lembut. Fatin menggosok-gosokkan matanya.
“Maafkan Fatin bu. Fatin janji tak buat lagi,” Fatin bersuara.
“Fatin, ini neneklah,” Azizah memegang cucunya itu. Fatin membuka mata seluasnya dan melihat neneknya sedang tersenyum manis kepadanya.
“Nenek,” Fatin segera memeluk neneknya erat.
“Kenapa ni?”
“Nek, Fatin tak gaduh nek. Fatin tak gaduh kat sekolah,” adu Fatin.
Azizah menganggukkan kepala.
“Nenek percaya sayang. Nenek tahu cucu nenek sorang ni baik,” pujuk Azizah lembut.
“Elok sangatlah tu. Manjakan sangat budak tu. Sebab tulah dia jadi mengada-ngada macam tu,” tiba-tiba satu suara mengejutkan Fatin. Dia segera berdiri di sebelah neneknya.
“Safura makan tengah hari kat rumah ye,” Azizah mengalihkan topik. Dia tidak mahu Safura terus memarahi Fatin.
“Tak naklah. Takde selera saya nak makan kat rumah,” Safura membuka pintu keretanya.
“Ibu, ibu makanlah kat rumah. Nanti Fatin duduk je dalam bilik. Tak nak kacau ibu,” tutur Fatin lembut. Safura menjengilkan matanya ke arah Fatin.
“Kau diam!!!” tengking Safura.
“Safura, kalau Safura tak nak makan kat rumah takpelah tapi janganlah tengking Fatin macam tu,” Azizah tidak bersetuju dengan tindakan Safura.
“Mak selalu menyebelahi budak tu. Sebab itulah dia semakin liar sekarang. Bergaduh kat sekolah,” Fatin menggelengkan kepala. Menidakkan kata-kata ibunya.
“Safura, ibu kenal Fatin. Dari kecil dia membesar depan ibu. Ibu percaya dia takkan buat semua tu,” Azizah cuba meyakinkan anaknya. Safura mendengus geram dan segera masuk ke dalam keretanya dan dengan kuat menghempaskan pintu kereta itu. Fatin yang melihat hanya terkebil-kebil ketakutan.
“Dahlah sayang. Jangan hiraukan ibu. Kita masuk ye,” pujuk Azizah pada Fatin. Fatin memeluk pinggang neneknya dan mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

Fatin sedang menyiapkan kerja sekolah ketika mendengar kereta ibunya masuk. Dia segera berlari ke depan pintu untuk mendapatkan ibunya. Safura yang melihat Fatin sedang berdiri di depan pintu mendengus marah.
“Kau pahal? Meluat aku tengok muka kau kat situ,” tengking Safura sambil menghempaskan pintu keretanya.
“Fatin tunggu ibu. Fatin nak salam dengan ibu,” Fatin menghampiri ibunya.
“Kau ni kenapa. Buang tabiat ke apa?” Safura marah dengan tindakan Fatin.
“Fatin nak minta maaf dengan ibu. Tadi nenek cakap, kalau nak minta maaf dengan ibu, mesti salam tangan ibu,” Fatin menghulurkan tangan. Safura menepis tangan kecil itu. Dia langsung tidak memandang wajah Fatin dan berlalu dari situ. Fatin mengejar ibunya sehingga ke dalam rumah.
“Ibu,” panggil Fatin.
“Eh, kau ni tak faham bahasa ke? Aku cakap aku benci tengok muka kau. Jadi sekarang aku nak kau jangan tunjukkan muka kau di depan aku lagi,” Safura menolak tubuh anak itu sekuat hatinya membuatkan Fatin terduduk dan kepalanya terkena bucu meja.
“Lain kali, kalau aku cakap aku benci. Itu tandanya aku benci. Faham!!!!”
“Dan jangan sekali-kali kau tunjukkan muka kau pada aku lagi,” Safura melangkah meninggalkan Fatin. Fatin memegang kepalanya yang benjol itu. Dia mengeluh sendiri. Dia sudah cuba untuk mengambil hati ibunya namun sia-sia.
Safura menghempaskan tubuhnya di atas tilam empuk itu. Dia benci apabila mengingatkan perlakuan Fatin sebentar tadi. Dia mengambil bantal dan menekup mukanya. Dia menjerit sekuat hati. Dia benci apabila mengenangkan bagaimana anak yang diberi nama Nur Fatinah Syakira itu wujud di dalam rahimnya.

Malam itu Safura tinggal seorang kerana mak dan ayahnya perlu menghadiri majlis doa selamat yang diadakan di rumah sepupunya. Dia yang keletihan kerana baru balik dari kuliah menolak ajakan mak dan ayahnya dengan alasan hendak tidur. Safura yang sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan undang-undang itu adalah seorang pelajar yang berjaya. Dia telah menjadi pelajar yang terbaik dalam fakultinya. Jarak rumah mereka ke kampus UiTM tidaklah terlalu jauh. Oleh sebab itu, Safura mengambil keputusan untuk berulang-alik ke rumah tambahan Safura merupakan anak yang manja. Safura sedang mengulang kaji pelajaran ketika dia mendengar bunyi grill pintu seakan-akan dibuka orang. Dia yang memikirkan bahawa kedua orang tuanya sudah balik hanya membiarkan sahaja. Dia terus mengulangkaji pelajarannya. Tiba-tiba mulutnya ditekup dari belakang. Safura meronta minta dilepaskan tetapi tangan kasar itu terus memeluknya dari belakang dan menolak badannya di atas tilam. Safura menoleh ke belakang dan melihat seseorang yang bertopeng. Safura menjadi takut dan cuba untuk menjerit namun tangan kasar itu dengan pantas menekup mulutnya.
“Kalau kau nak selamat, baik kau diam,” bisik suara itu. Air mata mengalir di pipi Safura. Dia berharap semoga ibu bapanya segera pulang. Safura dapat merasakan tangan kasar itu merayap-rayap ke seluruh badannya. Safura meronta namun apalah kudrat seorang wanita untuk melawan tenaga yang lebih berganda dari tenaganya. Safura hanya mampu mengalirkan air mata tatkala lelaki bertopeng itu dengan rakusnya menodai dirinya yang tidak berdaya itu. Setelah puas lelaki itu meninggalkannya. Safura menarik selimut dan menutup seluruh tubuhnya yang separuh bogel itu. Dia meraung semahunya.
5 bulan selepas kejadian itu, Safura tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun. Dia hanya mendiamkan diri sehinggalah pada suatu hari dia merasa kelainan pada dirinya. Kitaran haidnya menjadi tidak menentu dan dia sering merasa loya.
“Safura, kenapa sejak kebelakangan ini, mak tengok Safura lain macam je,” tanya Azizah. Dia bimbang sekiranya anaknya itu sakit.
“Err..takde apa-apalah mak. Mungkin Safura penat je. Maklumlah tak lama lagi nak final exam,” dalih Safura. Dia takut melihat renungan emaknya. Dia takut sekiranya wanita di hadapannya itu dapat menangkap perubahan pada dirinya.
“Safura kena jaga kesihatan juga. Jangan paksa diri tu sangat,” nasihat Azizah pada anak daranya itu. Safura menganggukkan kepala dan segera berlalu dari situ. Dia tidak mahu berlama di situ dan menatap wajah emaknya. Dia takut dia akan kalah. Mak, kalaulah mak tahu apa yang telah terjadi pada anak mak ini!! Safura merintih sayu. Safura menghempaskan tubuhnya dan menangis semahunya. Tetapi perkara itu tidak dapat bertahan lama apabila Safura didapati pengsan dalam bilik kuliahnya. Rakan-rakannya segera menghubungi ibu bapa Safura dan Safura telah dibawa ke hospital.
“Kau cakap dengan aku, anak siapa yang kau kandungkan itu,” jerkah Rahman pada Safura. Dia kecewa kerana anak yang diharapkan selama ini sanggup menconteng arang ke mukanya. Dia malu. Dia masih teringat tatkala doktor memberitahu bahawa Safura mengandung 2 bulan.
“Safura kena rogol ayah,” Safura cuba meyakinkan ayahnya.
“Kau memang pandai berdalih. Kalau kau kena rogol kenapa tidak dari dulu lagi kau beritahu pada kami,” Rahman masih tidak berpuas hati.
“Safura takut ayah. Safura takut,” Safura menangis di pangkuan emaknya.
“Ini balasan yang kau berikan pada kami Safura setelah apa yang kau nak semua kami tunaikan,” Rahman kecewa dengan anaknya itu.
“Ayah, percayalah pada Safura,” Safura meluru dan memaut kaki ayahnya.
“Kau memang anak yang tak mengenang budi,” Rahman menarik kakinya membuatkan Safura terpelanting. Azizah segera mendapatkan Safura dan memeluk anaknya itu.
“Abang, janganlah kasar sangat. Safura mengandung bang,” Azizah merayu pada suaminya.
“Mengandungkan anak luar nikah. Aku benci tengok muka dia,” Rahman berlalu dari situ. Safura menangis semahunya.
“Mak, mak percayakan pada Safura. Safura tak buat semua tu mak,” Azizah memandang wajah Safura. Sayu. Padanlah sejak kebelakangan ini, Safura berubah. Dari anak yang ceria dan manja menjadi pendiam.
“Mak percaya sayang. Dahlah, jangan nangis lagi,” pujuk Azizah pada anaknya. Dia menyapu air mata yang mengalir di pipi anaknya itu.
“Safura benci anak ini mak. Safura benci!!!” Safura menepuk-nepuk perutnya.
“Astarfirlahulazim. Safura, anak ini tak bersalah,” Azizah cuba menghalang perbuatan anaknya.
“Tapi disebabkan dia, Safura tak dapat teruskan pengajian Safura. Disebabkan dia Safura kehilangan Ikhwan. Disebabkan dia, ayah benci Safura mak,” Safura meraung bagaikan orang hilang akal. Azizah menenangkan Safura. Dia mengucup lembut ubun-ubun anaknya itu.
“Safura, ingat sayang. Ini dugaan untuk Safura. Allah nak uji setakat mana kekuatan Safura,”
“Tapi Allah tak adil mak, kenapa dia ragut kebahagiaan Safura?”
“Safura, tak baik cakap macam tu nak. Setiap yang terjadi Allah dah tentukan hikmahnya. Mungkin sekarang Safura tak nampak tapi suatu hari nanti Safura akan nampak sayang,” Azizah terus memujuk anaknya itu.
“Tapi Safura benci kandungan ini mak. Safura benci!!!” Safura berlalu meninggalkan emaknya.
“Safura,” panggilan lembut itu mengejutkan Safura yang telah terlena itu. Dia memandang wajah ibunya. Azizah mengusap lembut rambut anaknya. Dia tidak menyalahkan Safura kalau dia membenci Fatin tetapi dia juga harus mengingatkan Safura bahawa semua itu ketentuan Allah.
“Jom makan,” ajak Azizah. Safura bangkit dan duduk menghadap ibunya.
“Safura tak laparlah mak. Safura nak mandi,” Safura berupaya mengelak dari makan bersama mereka. Bukan dia tidak mahu makan bersama ibunya tetapi dia tidak sanggup menatap wajah ayahnya yang hingga kini tidak dapat menerima apa yang terjadi. Ayahnya masih menyalahkannya atas apa yang terjadi. Dia juga tidak sanggup untuk berhadapan dengan Fatin, anak yang lahir dari benih lelaki yang dibencinya.
“Safura, lama dah Safura tak makan bersama kami. Mak rindukan suasana dulu nak,” tutur Azizah lembut. Safura menoleh dan segera mendapatkan emaknya.
“Mak, Safura harap mak faham situasi Safura. Mak tolong jangan paksa Safura,” Safura memegang erat tangan emaknya. Azizah mengeluh. Dia tahu kedegilan Safura. Dia bangun lantas keluar dari bilik anaknya. Selepas Safura disahkan mengandung, dia dibuang kolej. Ikhwan, satu-satunya lelaki yang berjanji akan menjaga Safura meninggalkannya begitu sahaja dan dia telah dibenci oleh ayah kandungnya sendiri kerana perkara yang tidak dibuatnya. Azizah yakin bahawa Safura tidaklah seperti yang suaminya sangkakan. Hingga sekarang hubungan dua beranak itu masih dingin. Selepas Safura dibuang kolej, dia terpaksa duduk di rumah sehingga melahirkan. Selepas itu, dia menyambung kembali pelajarannya tetapi dalam bidang yang tidak diminatinya. Itupun kerana paksaan dari ayahnya. Atas kecekalan Safura, akhirnya dia berjaya dalam pelajaran walaupun tidak meminati bidang itu dan sekarang dia berjaya menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah di sebuah syarikat yang terkenal di Kuala Lumpur. Sebab itulah mereka dapat berpindah dan duduk di dalam banglo mewah itu. Azizah yakin, Safura menyayangi Fatin namun kerana keegoan dia menepis perasaan itu. Sebab itulah Azizah berusaha memujuk Safura untuk menerima Fatin dalam hidupnya. Azizah melihat suaminya dan cucunya sedang bergurau di meja makan. Dia tersenyum. Alhamdulillah kerana suaminya itu tidak membenci Fatin dan dapat menerima kelahiran cucunya itu.

“Nenek,” tegur Fatin manja apabila melihat kelibat neneknya mendekati mereka. Azizah tersenyum lantas mengusap rambut Fatin. Sikap Fatin tidak ubah seperti Safura, manja dan menyenangkan.
“Ye sayang,” Azizah melabuhkan punggung di sebelah Fatin.
“Mana ibu?” petah mulut itu bertanya. Azizah kasihan melihat wajah mulus itu kerana dia sememangnya tidak mengetahui sebab-sebab dia dibenci oleh ibunya sendiri.
“Ibu letih. Dia nak tidur. Kita makan dulu ye,” pujuk Azizah. Fatin hanya mengangguk. Rahman memerhatikan wajah isterinya itu. Dia tahu wajah itu menanggung duka sejak dulu lagi. Dia tidak dapat memaafkan kesalahan Safura yang suatu ketika dulu pernah menconteng arang ke muka mereka. Walaupun kadang-kadang hatinya berkata bahawa Safura tidaklah seperti yang mereka sangkakan tetapi akalnya cepat-cepat menyangkal. Dia masih tidak dapat menerima apa yang telah dilakukan oleh Safura.
“Kalau aku dengar kau buat masalah lagi kat sekolah, nahas kau aku kerjakan,” ugut Safura ketika dia menghantar Fatin ke sekolah pagi itu. Fatin hanya mendiamkan diri dan segera turun dari kereta ibunya. Dia berjalan masuk ke dalam sekolah. Dari jauh Safura memerhatikan tubuh kecil itu masuk ke dalam kelas. Dia memandu menuju ke pejabatnya. Safura sampai ke pejabat ketika jam menunjukkan ke pukul 7.30 pagi. Dia menerima sapaan mesra dari setiap pekerjanya dan dia hanya tersenyum kepada mereka.
“Selamat pagi puan,” tegur Nani ramah.
“Selamat pagi,” Safura menghadiahkan senyuman kepada setiausahanya itu.
“Puan, ada seseorang sedang menunggu puan di bilik tetamu,” beritahu Nani. Dia dapat mengagak bosnya dalam mood yang baik apabila melihatkan senyuman manis bosnya tadi. Safura mengerutkan kening. Siapa pula yang nak berjumpanya seawal ini? Safura melangkahkan kaki menuju ke bilik tetamu yang dimaksudkan.
“Assalammualaikum,” Safura memberi salam pada lelaki yang sedang membelakangkannya.
“Waalaikumussalam,” lelaki tadi berpaling dan Safura terpana. Dia tidak menyangka akan bertemu semula dengan lelaki itu.
“Apa khabar?” lelaki itu tersenyum sinis.
“Baik,” jawab Safura pendek. Dia tidak mahu menatap wajah lelaki yang telah meninggalkannya 10 tahun lalu kerana peristiwa yang dia sendiri tidak inginkan.
“Bahagia kau sekarang ye? Maklumlah dah jadi orang besar,” Ikhwan berjalan-jalan di dalam bilik tetamu itu.
“Apa yang awak mahukan?” tanya Safura.
“Aku nak tengok kejayaan seorang perempuan murahan seperti kau. Tak sangka perempuan macam kau pun berjaya,” sindir Ikhwan. Safura tergamam. Dia tidak menyangka kedatangan lelaki itu adalah untuk menyakiti hatinya.
“Ikhwan, kalau awak datang sekadar nak sakitkan hati saya, baik awak pergi dari sini,” arah Safura. Suaranya bergetar. Ikhwan ketawa. Tawanya menyelubungi seluruh bilik itu.
“Kenapa? Kau takut? Kau takut aku akan ceritakan pada semua orang kat pejabat ini siapa diri kau yang sebenarnya,” Ikhwan mengugut.
“Ikhwan, saya minta tolong kat awak. Awak pergilah dari sini. Saya tak kacau hidup awak pun Ikhwan,” Safura merayu. Ikhwan memandang wajah di hadapannya. Wajah yang suatu ketika dulu pernah menjadi pujaan hatinya tetapi sekarang wajah itu cukup dibencinya.
“Aku benci tengok muka kau. Aku benci tengok muka perempuan murahan seperti kau,”
“Ikhwan, saya tak suruh awak cari saya. Saya tak suruh awak datang sini,”
“Aku datang sebab nak tengok kemusnahan hidup kau. Aku nak semua orang tahu siapa kau sebenarnya. Perempuan murahan!!!!” bentak Ikhwan.
“Aku akan pastikan hidup kau hancur Safura. Aku akan pastikan kehancuran kau kerana kecurangan kau dengan aku dulu,” Ikhwan lantas berlalu pergi dari situ. Safura hanya mampu mengalirkan air mata. Ikhwan melangkah laju. Dia tidak menyangka setelah lamanya kejadian itu, dia masih tidak dapat melupakan Safura. Dia masih tidak dapat membuang Safura jauh dari hatinya. Dia amat menyayangi Safura namun dia kecewa kerana kecurangan gadis pujaannya itu. Sebentar tadi dia hanya mengugut Safura. Sebenarnya dia tidak tergamak untuk menyakiti hati wanita itu. Dia benci dengan dirinya sendiri yang tidak mampu untuk melupakan wanita itu. Dia menghentak stereng keretanya.
“Kau bodoh Safura. Kau memang perempuan murahan,” jerit Ikhwan. Serentak itu, mengalir air matanya. Hanya Safuralah yang dapat membuatkan air mata lelakinya mengalir. Sesungguhnya dia masih menyayangi Safura. Selepas kejadian 10 tahun lalu, dia membawa diri merantau ke negara orang. Hidupnya terseksa kerana cuba untuk melupakan Safura. Tetapi entah mengapa wajah itu tidak pernah lari dari menyapa kenangan mereka. Ikhwan mengelap air matanya.
“Aku akan ajar kau Safura. Aku akan ajar kau suatu hari nanti,” Ikhwan memandu keretanya menuju ke pejabatnya.

Fatin menunggu ibunya di luar sekolah. Dia teringat pesanan ibunya supaya dia menunggu di luar sekolah. Kalau tidak, dia pasti dimarahi ibunya kerana membiarkan ibunya menunggu. Dari jauh Fatin melihat kereta Proton Perdana milik ibunya. Dia tersenyum. Fatin masuk ke dalam kereta itu setelah kereta itu berhenti betul-betul di hadapannya.
“Ibu, hari ini Fatin dapat buku laporan. Ibu nak tengok tak?” Fatin bertanya lembut.
“Tak payahlah kau sibuk-sibuk nak tunjukkan pada aku. Aku tak berminat,” jawab Safura kasar membuatkan Fatin tergamam.
“Takpelah bu. Kat rumah nanti ibu tengok ye,” rayu Fatin lagi.
“Wei, aku cakap aku tak berminat, tak berminatlah. Kenapa kau degil sangat,” serentak itu tangan Safura hinggap di pipi mulus kanak-kanak itu. Fatin terjerit kecil. Safura geram kerana Fatin tidak mengendahkan kata-katanya. Dia tidak berminat hendak bercakap dengan sesiapa pun kala ini. Dia masih teringatkan Ikhwan yang datang ke pejabatnya pagi tadi. Fatin di sebelah sudah menangis teresak-esak.
“Kalau kau tak diam, aku tinggalkan kau kat tepi jalan ni,” ugut Safura. Dengan serta-merta esakan kecil tadi terhenti. Safura mendengus kecil. Dia meneruskan pemanduannya sambil sekali- sekala menoleh ke arah Fatin yang sedang mengelap air matanya.
“Aku tak berminat nak ambil tahu hal kau,” Safura bersuara. Fatin hanya mendiamkan diri.
“Woi pekak. Kau dengar tak,” Safura berkata seraya menarik rambut Fatin.
“Dengar bu,”
“Kalau macam tu, tak usah kau cakap apa-apa kat aku lagi. Aku cukup benci dengar suara kau,” bentak Safura. Fatin menganggukkan kepala. Fatin keluar dari kereta setelah ibunya memakirkan kereta di halaman rumah. Dia berlari masuk ke dalam rumah. Teguran neneknya tidak dihiraukan dan dia terus berlari masuk ke biliknya.
“Kenapa Fatin tu Safura,” tanya Azizah hairan. Safura hanya menjongketkan bahu dan melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu. Kunci kereta dibaling di atas meja.
“Safura nak makan ke?” tanya Azizah lembut. Dia tahu dalam keadaan seperti sekarang dia tidak boleh berkasar dengan anaknya itu. Safura menggelengkan kepala lantas berlalu naik menuju ke biliknya. Dia hendak memohon cuti kerana dia tidak ada mood untuk bekerja petang itu. Safura segera menghubungi Nani dan menyatakan hasratnya itu. Setelah itu, dia menghempaskan dirinya di atas tilam dan memandang syiling bilik. Safura teringatkan kata-kata Ikhwan yang menghinanya tadi. Dia sedih kerana tidak dapat menerangkan dengan Ikhwan kedudukan yang sebenarnya. Sehingga kini, Ikhwan masih tidak mempercayainya.
“Ibu,” panggilan lembut itu mengejutkannya. Dia terpinga-pinga dan melihat sekeliling tetapi tiada sesiapa. Safura lantas bangun dan menuju ke bilik Fatin. Dia menolak daun pintu anaknya itu. Selama ini, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke bilik anak gadisnya itu. Dia melihat Fatin sedang tidur polos. Dia segera mendekati Fatin dan mengusap rambut anaknya itu. Satu perasaan halus meresap ke dalam hatinya. Tiba-tiba air matanya menitis. Dia terus memerhatikan wajah comel anaknya. Baru hari ini dia dapat melihat wajah sebenar anaknya yang lebih mirip kepada wajahnya sendiri. Safura tersenyum lantas mengucup pipi kecil itu. Tiba-tiba dia tersedar lantas berlalu dari situ. Dia tidak mahu sesiapa melihat apa yang telah dilakukannya tetapi dia tidak menyedari bahawa ada sepasang mata yang telah memerhatikannya sedari tadi. Azizah mengesat air mata apabila melihat kejadian yang tidak disangka itu.

“Kau nak apa?” tengking Safura apabila melihat wajah Fatin terjengul di balik pintu biliknya.
“Nenek panggil makan,”
“Aku tak lapar,” Fatin berlalu pergi. Sebenarnya dia tidak mahu memanggil ibunya tadi apabila mengingatkan pandangan bengis ibunya tetapi kerana paksaan neneknya dia menurut sahaja.
“Nek. Ibu tak lapar,” terang Fatin sebaik sahaja sampai di meja makan. Azizah menoleh dan memandang wajah sayu cucunya. Dia tahu pasti Safura telah memarahinya.
“Maafkan nenek ye sebab paksa Fatin panggil ibu,”
“Takpelah nek. Fatin tak kisah. Fatin dah biasa,” Fatin menyuap nasi yang disenduk neneknya perlahan ke dalam mulut. Hanya mereka berdua yang menikmati makan malam itu. Atuknya masih di surau. Mungkin ada aktiviti. Safura turun ke bawah dan melihat emak dan anaknya sedang menjamu selera. Dia melintasi meja itu kerana mahu mengambil air.
“Safura, jom makan sekali,” ajak Azizah.
“Takpelah mak. Mak makanlah dulu,” Safura memandang Fatin yang hanya menundukkan wajahnya. Dia hairan kerana selalunya Fatin akan memandang wajahnya dengan pandangan simpati. Safura berlalu ke dapur tanpa mempedulikan Fatin. Dia mengambil air dan berlalu menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen.
“Fatin salam ibu dulu ye sebelum masuk tidur,” pesan Azizah pada cucunya. Sebolehnya dia ingin mendidik Fatin supaya menghormati ibunya walaupun Safura tidak pernah menunjukkan reaksi yang menyenangkan. Fatin segera menghampiri ibunya dan menghulurkan tangan. Safura menyambut huluran tangan anaknya ala kadar sahaja.
“Selamat malam bu. Semoga ibu mimpi indah malam ni ye. Fatin sayang ibu,” Fatin berlalu pergi setelah menuturkan kata-kata itu. Safura tergamam. Tidak pernah Fatin menuturkan kata-kata seperti itu sebelum ini. Dia melihat anaknya yang sedang meniti anak tangga bersama emaknya. Hatinya sayu. Sebentar tadi, ingin sekali dia mendakap dan mengucup anak itu dan meluahkan kata-kata yang menyenangkan supaya anaknya itu tahu bahawa dia mula menyayangi anak itu.
“Nek,” panggil Fatin sambil melihat wajah neneknya.
“Ada apa sayang,” Azizah mengucup dahi cucunya.
“Nanti nenek cakap pada ibu yang Fatin sayang ibu ye,” pinta Fatin. Azizah sayu. Dia menganggukkan kepala.
“Nanti nenek cakap ye sayang. Sekarang Fatin tidur ye, esok nak sekolah,”
Fatin merebahkan tubuhnya lantas memejamkan mata. Azizah mengucup pipi kecil itu.
“Safura,” Safura mendongak memandang ibunya.
“Tengok cerita apa?” Azizah memulakan perbualan. Dia melabuhkan punggung di sofa empuk itu. Safura menjongketkan bahu. Kurang berminat hendak berbual.
“Safura, tadi Fatin pesan pada mak. Dia suruh mak cakap kat Safura yang dia sayang kat Safura,”
“Entah kenapa budak tu mak. Tak betul agaknya,” Safura mendengus geram. Geram dengan perangai mengada-ngada Fatin.
“Safura, tak baik cakap macam tu. Salah ke kalau Fatin sayang kat ibunya sendiri,”
“Safura tak berminatlah mak nak bincangkan hal ini,”
“Mak tak salahkan Safura kalau Safura benci Fatin. Mak juga tak halang Safura kalau Safura nak kucup pipi Fatin,” Azizah dapat melihat perubahan pada wajah anaknya. Tiba-tiba pintu hadapan dibuka dari luar. Tersembul wajah ayahnya. Safura segera meminta diri. Tidak sanggup untuk dia berhadapan dengan ayahnya itu tambahan dia malu apabila ibunya dapat menangkap perbuatannya tempoh hari. Rahman hanya memandang anaknya itu berlalu pergi.
“Kenapa budak tu Jah? Nampak saya macam tengok hantu je,” tanya Rahman sambil melabuhkan punggung di sebelah isterinya.
“Entahlah bang. Kadang-kadang saya pening memikirkan hal ini. Lain halnya dengan suami, dengan anak, dengan cucu lagi,” Azizah memandang wajah suaminya.
“Aik, lain macam je bunyi awak Jah. Sindir saya ke?”
“Takde faedahnya saya nak sindir abang. Saya cuma nak mengingatkan aje. Kita ni dari hari ke hari semakin tua bang. Sudah-sudahlah buat perangai. Lupakanlah apa yang sudah terjadi bang. Fatin tu dah 10 tahun dah bang,” leter Azizah pada Rahman. Dia geram dengan kedegilan suaminya itu. Perangai itulah yang diwarisi Safura. Degil dan ego.
“Dahlah bang. Dari saya cakap dengan abang, baik saya cakap dengan dinding. Hati saya tak sakit,” Azizah lantas mengangkat punggung dan berlalu pergi. Rahman mengeluh perlahan.

Safura terburu-buru turun dari tangga. Dia telah terlewat. Dia melihat Fatin sedang duduk di ruang tamu sambil membaca buku. Dia geram kerana Fatin tidak mengejutkannya.
“Woi bodoh!!!” Fatin mendongak terkejut.
“Kenapa kau tak kejutkan aku?” Safura menghampiri Fatin dan menunjal kepala anaknya itu. Pagi itu dia ada mesyuarat dengan semua pengarah syarikatnya dan sekarang dia terpaksa menghantar Fatin ke sekolah. Perjalanan ke sekolah Fatin mengambil masa setengah jam. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi dan mesyuarat bermula pada pukul 8 pagi.
“Fatin takut ganggu ibu tidur,” beritahu anak itu perlahan.
“Kau memang bodoh. Sekarang kau tak payah sekolah. Aku ada hal kat pejabat,” Safura berlalu pergi.
“Ibu,” Fatin berlari mendapatkan ibunya.
“Hari ini Fatin ada exam kat sekolah,” beritahu Fatin mengharapkan simpati.
“Ya Allah. Kalau kau tahu kau ada exam kat sekolah, kenapa kau tak kejutkan aku awal-awal bodoh!!!” Safura menampar wajah anaknya itu. Dia geram. Sebolehnya dia tidak mahu Fatin ponteng sekolah lebih-lebih lagi jika anaknya itu sedang menghadapi peperiksaan.
“Fatin takut ibu marah,” air mata sudah mengalir di pipi Fatin.
“Aku bencilah dengan budak bodoh macam kau ni,”
“Sekarang kau terima akibatnya disebabkan kebodohan kau sendiri. Aku takde masa nak fikirkan pasal kau,” Safura berlalu pergi tetapi kakinya ditahan Fatin.
“Ibu, Fatin nak periksa. Fatin tak nak ponteng,” rayu Fatin.
“Aku takde masa nak hantar kaulah bodoh,” Safura menepis Fatin yang berpaut di kakinya menyebabkan kasut tumit tinggi yang dipakainya mengenai muka Fatin dan menyebabkan mulut kecil itu berdarah.
“Ya Allah Safura. Apa yang Safura dah buat ni?” Azizah segera mendapatkan cucunya yang sedang menangis itu.
“Safura dah lewatlah mak. Mak pun satu, kenapa tak kejutkan Safura. Mak tahu tak, Safura ada mesyuarat penting pagi ni,”
“Tapi takkan sampai sakitkan Fatin macam ni Safura,”
“Mak ajelah yang hantar budak tu kat sekolah. Safura dah takde masa ni. Safura pergi dulu,” Safura lantas berlalu tanpa menoleh ke arah Fatin yang sedang kesakitan itu.
“Nek, Fatin nak sekolah. Hari ini Fatin ada exam,”
“Sayang, biarlah exam tu dulu ye. Fatin sakit ni,” pujuk Azizah.
“Tapi nek, Fatin nak sekolah. Fatin nak berjaya macam ibu. Nanti ibu boleh bangga dengan kejayaan Fatin,” sayu suara itu memberitahu. Azizah memerhatikan wajah cucunya. Sebak bertamu di hatinya.
“Fatin dengar cakap nenek. Hari ini Fatin berehat dulu ye. Nanti nenek ubatkan bibir Fatin,”
“Fatin tak nak!! Fatin nak sekolah!!” bentak Fatin. Azizah memeluk cucunya.
“Fatin cucu yang baik kan? Fatin tak nak tengok nenek sedihkan?” Fatin mengangguk.
“Kalau macam tu dengar cakap nenek ye sayang,” Fatin mendakap neneknya dan menangis teresak-esak di bahu neneknya.

Safura sampai di pejabat tepat pukul 8.10 pagi. Dia terburu-buru mendapatkan Nani.
“Nani, semua pengarah dah sampai ke?” tanya Safura dengan nafas yang tercungap-cungap.
“Puan Safura tak tahu ke mesyuarat di tunda ke pukul 10 pagi,” terang Nani membuatkan Safura terkejut.
“What!!!!! Kenapa takde sapa pun yang beritahu saya?” Safura berang. Terbayang kembali wajah anaknya yang merayu dengannya pagi tadi. Terbayang wajah Fatin yang berlumuran darah di bibirnya.
“Shit!!!!” Safura menghentak meja membuatkan semua pekerja terkejut. Safura berlalu masuk ke biliknya apabila menyedari ramai mata yang memandangnya. Safura mencari telefon bimbitnya dan mendail nombor ibunya tetapi dia terhenti ketika hendak menekan butang hijau telefonnya. Apa yang hendak dia lakukan? Apa yang hendak dia tanyakan pada ibunya? Dia malu lantas menekan butang merah pada telefonnya. Namun naluri seorang ibu tidak dapat menafikan betapa dia runsing memikirkan anaknya. Safura mencapai kunci kereta dan berlalu keluar.
“Nani, saya keluar dulu. Ada hal,” beritahu Safura tanpa memandang wajah setiausahanya itu. Safura memecut keretanya menuju ke rumah. Sampainya dia di rumah, dia segera mencari emaknya.
“Mak,” panggil Safura. Azizah yang sedang menidurkan Fatin terkejut mendengar suara Safura lantas bergegas keluar.
“Safura, kata ada mesyuarat,” Safura menoleh tatkala mendengar suara ibunya.
“Fatin mana mak?” tanpa malu Safura bertanya.
“Nak lagi ke Safura ambil berat pasal budak tu,” Azizah menyindir. Dia geram apabila memikirkan tingkah anaknya itu.
“Mak, saya datang ni nak bawak Fatin ke klinik,”
“Tak payahlah Safura, mak dah sapukan ubat. Dia sedang tidur. Kalau Safura nak tengok, dia ada kat bilik,” Azizah berlalu dari situ. Safura tahu emaknya kecewa dengan sikapnya. Dengan langkah longlai Safura melangkah menuju ke bilik Fatin. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik yang sedikit ternganga itu. Dia menghampiri dan melihat anaknya yang sedang tidur nyenyak itu. Safura melihat bibir anaknya yang kembang dan terdapat sedikit luka di situ. Safura sebak. Dia menyesal. Dia mengusap rambut anaknya.
“Maafkan ibu sayang,” tutur Safura perlahan. Dia tidak mahu Fatin menyedari kehadirannya.
“Ibu sayangkan Fatin tapi ibu tak dapat terima cara Fatin hadir dalam hidup ibu. Ibu masih tak dapat terima sayang,” Safura menangis teresak-esak. Dia menahan tangisnya kerana tidak mahu Fatin tersedar. Setelah mengucup dahi Fatin, Safura berlalu keluar. Di hadapan pintu, dia bertembung dengan ibunya. Safura mengesat air matanya. Dia tidak malu lagi dengan ibunya. Dia tidak malu lagi mengakui di hadapan ibunya bahawa dia amat menyayangi Fatin.
“Safura pergi dulu mak,” Azizah hanya memerhatikan anaknya itu berlalu pergi. Kau terlalu ego nak! Desis Azizah sendiri.

Petang itu Fatin berlari mendapatkan neneknya yang berada di belakang rumah.
“Nek,” Fatin menjerit. Azizah yang terkejut mendengar jeritan lantang cucunya segera mendapatkan Fatin.
“Kenapa ni Fatin? Kenapa terjerit-jerit ni?” tegur Azizah. Fatin yang masih termengah-mengah hanya tersengih memandang wajah neneknya.
“Nek, masa tidur tadikan Fatin mimpi,”
“Fatin mimpi apa?” tanya Azizah berminat.
“Ibu datang dalam mimpi Fatin. Ibu cakap dia sayangkan Fatin,” senyum Fatin melebar.
“Iye?” Azizah sayu melihat wajah cucunya itu. Fatin tidak tahu apa yang disangkakan mimpi itu adalah kenyataan. Kalaulah anak itu tahu, pasti senyuman tidak lekang dari bibirnya.
“Iye nek. Ibu datang dalam mimpi Fatin tapi ada satu ayat yang ibu cakap yang Fatin tak faham,” Fatin mengerutkan keningnya.
“Apa yang ibu cakap sayang,” Azizah mengesat peluh yang mengalir di dahinya.
“Entah, Fatin tak ingat. Tapi Fatin gembira nek sebab ibu sayangkan Fatin walaupun cuma dalam mimipi,” Fatin memaut tangan neneknya. Azizah hanya tersenyum melihat telatah cucunya itu.
“Dahlah jom kita masuk. Dah nak maghrib ni,” Azizah menarik Fatin supaya mengekorinya. Fatin akur dengan perintah neneknya dan segera membuntuti neneknya untuk masuk ke dalam rumah. Malam itu, Fatin menunggu kedatangan Safura. Dia ingin menatap wajah lembut ibunya itu. Walaupun pagi tadi Safura telah berkasar dengannya, dia tidak kisah kerana dia amat menyayangi Safura. Fatin mendengar bunyi kereta ibunya. Dia belari-lari anak menuju ke depan pintu. Dia melihat ibunya keluar dari kereta. Safura menoleh dan terpandang wajah Fatin yang sedang merenungnya. Dia masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Fatin.
“Ibu,” panggil Fatin. Safura menoleh.
“Ada apa?” Safura memandang wajah anaknya. Bibir anaknya masih kembang cuma telah surut sedikit.
“Ibu nak makan sekali dengan Fatin?” tanya Fatin takut-takut. Safura mengeluh dan memandang wajah Fatin.
“Fatin pergilah makan dulu. Ibu letih,” tanpa sengaja Safura mengusap kepala Fatin. Fatin tergamam. Dia berlari mendapatkan neneknya.
“Nek,” Azizah menoleh memandang wajah Fatin.
“Kenapa ni Fatin?”
“Ibu nek…..,”
“Kenapa dengan ibu?” tanya Azizah cemas.
“Tadi ibu usap kepala Fatin nek. Dia tak cakap kasar pun dengan Fatin,” terang Fatin. Matanya bersinar. Azizah tersenyum. Dia tahu saat itu pasti datang juga.
“Habis tu, Fatin tak ajak ibu makan sama ke?” tanya Azizah.
“Dah. Tapi ibu suruh makan dulu. Dia cakap dia letih,” Fatin duduk di kerusi yang berada di dapur itu. Azizah mengangguk faham. Dia senang hati melihat senyuman yang tidak lekang di bibir anak kecil itu. Setelah menikmati makan malam, Azizah menidurkan Fatin. Selepas itu, dia berlalu menuju ke bilik anaknya. Safura membuka pintu apabila mendengar ketukan. Dia melihat ibunya berdiri sambil tersenyum kepadanya.
“Kenapa bu?” tanya Safura hairan. Azizah melangkah masuk ke dalam bilik anak gadisnya itu. Sudah 31 tahun dia membesarkan Safura. Memang dia sudah masak benar dengan perangai satu-satu anak tunggalnya itu.
“Safura tahu tak, suka sangat budak Fatin tu tadi,” Azizah melabuhkan punggung di bucu katil.
“Kenapa pulak?” Safura berpura-pura bertanya.
“Seronok betul dia cerita kat mak yang Safura usap kepala dia,”
“Alah, setakat usap je mak. Itu pun nak kecoh,” Azizah menggelengkan kepala.
“Safura ni degil, macam ayah. Ego pun tinggi,”
“Apa pulak mak,” Safura tidak berpuas hati apabila diperkata sebegitu.
“Iyelah. Safura sayangkan Fatin tu kan?” Azizah memandang wajah Safura. Safura hanya mendiamkan diri.
“Dahlah mak, Safura nak tidur. Letih,” Safura mengelak.
“Itu ajelah alasan yang Safura beri kat mak,” Azizah menepuk paha Safura.
“Sakitlah mak,” Safura mendengus geram tetapi ibunya telah menghilangkan diri di sebalik pintu.

Pagi itu Fatin bersarapan dengan berselera sekali. Dia masih tidak dapat melupakan kejadian malam tadi. Dia melihat ibunya turun dan segera mendapatkan ibunya.
“Ibu, jomlah kita sarapan sekali,” ajak Fatin. Safura tidak menghiraukan Fatin dan berlalu pergi menuju ke luar. Fatin hanya memandang sepi langkah ibunya.
“Fatin. Habiskan sarapan dulu sayang,” panggil Azizah. Rahman hanya memerhatikan Safura yang tidak menghiraukan Fatin. Fatin menghampiri nenek dan atuknya.
“Takpelah nek. Nanti ibu tunggu lama kat luar tu,” Fatin menyalami tangan nenek dan atuknya. Dia berjalan menuju ke arah ibunya yang sedang menanti di luar. Safura memandu setelah Fatin masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri.
“Balik nanti tunggu je kat tempat biasa. Aku ambil lambat sikit. Kalau kau merayap, siap!!!” pesan Safura ketika dia menghentikan kereta di hadapan pagar sekolah Fatin.
“Baik bu,” Fatin menyalami tangan ibunya dan segera turun dari kereta. Dia tidak faham akan mood ibunya yang telah berubah itu. Baru malam tadi ibunya mengusap lembut kepalanya. Safura memandu perlahan setelah kelibat Fatin hilang dari pandangan.
Safura melabuhkan punggung di atas kerusi. Dia memejamkan matanya. Tiba-tiba dia teringatkan Fatin. Sejak akhir-akhir ini dia melihat wajah itu pucat sekali.
“Puan,” suara dari interkom mengejutkan Safura.
“Ada apa Nani?”
“Dato’ nak jumpa puan sekarang,”
“Baiklah,” Safura keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Dato’ Sammy, pengarah bahagian Sumber Manusia.
“Malam ni kita ada mesyuarat,” beritahu Dato’ Sammy setelah Safura duduk di hadapannya. Safura terkejut lantas memandang wajah Dato’ Sammy.
“Penting sangat ke Dato’?” Safura bertanya sekadar berbasi-basa.
“Kenapa?” Dato’ Sammy memandang wajah Safura. Dia hairan kerana Safura seolah-olah mengelak.Selama ini Safura hanya mengiyakan sahaja setiap keputusan yang dibuatnya.
“Err..takde apa-apa Dato’,” jawab Safura lemah.
“Kalau macam tu, malam ni pukul 8 kat bilik mesyuarat,” pesan Dato’ Sammy. Safura menganggukkan kepala lantas berlalu keluar. Tengah hari itu, Safura mengambil Fatin dari sekolah. Dia tidak masuk ke rumah tetapi hanya menghantar Fatin ke depan rumahnya. Dia telah berpesan kepada Fatin bahawa dia ada mesyuarat jadi dia terpaksa balik lambat. Fatin hanya menganggukkan kepala dan memerhatikan kereta ibunya sehingga hilang dari pandangan.
Safura berjalan menuju ke keretanya. Waktu itu jam sudah menunjukkan ke pukul 11 malam. Lebih 3 jam mereka bermesyuarat dan Safura merasa letih yang teramat sangat. Belum sempat dia membuka pintu keretanya, mulutnya telah ditekup dari belakang. Safura meronta namun bau yang terdapat pada sapu tangan yang menekup hidungnya membuatkan dia lemah, lama-kelamaan pandangannya semakin kabur dan dia tidak menyedari apa lagi yang berlaku selepas itu. Azizah berusaha mendail telefon bimbit anaknya. Dari tadi, hatinya tidak sedap. Dia bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas anaknya.
“Dapat tak Jah?” tanya Rahman. Dia juga bimbang apabila memikirkan Safura. Safura tidak pernah begini. Walau macam mana sekalipun dia marah, dia akan tetap balik ke rumah.
“Belum dapat bang. Saya risaulah bang,” Azizah melahirkan kegusaran hatinya. Rahman memandang wajah isterinya.
“Awak tunggu kat rumah. Kunci semua tingkap dan pintu. Jaga Fatin. Saya nak keluar cari Safura,” pesan Rahman. Sebenarnya dia gusar juga untuk meninggalkan isteri dan cucunya di rumah namun dia harus keluar mencari Safura, anaknya.
“Abang hati-hati ye,” pesan Azizah. Dia bimbang untuk melepaskan suaminya kerana malam-malam begini suaminya itu tidak berapa nampak apabila memandu. Rahman menganggukkan kepala lantas mencapai kunci keretanya. Dalam hatinya berdoa semoga tiada apa-apa yang berlaku ke atas anaknya.
Safura tersedar dan dia memandang sekeliling. Bilik itu terlalu asing baginya. Tiba-tiba seorang lelaki masuk. Safura terkejut. Lelaki tadi berpaling dan Safura tergamam. Ikhwan! Desis hatinya. Ikhwan tersenyum memandang Safura.
“Apa awak nak Ikhwan? Kenapa awak buat saya macam ni?” tanya Safura sayu.
“Aku nak kau. Aku nak kau layan aku sebagaimana kau layan lelaki yang mengandungkan kau 10 tahun dulu!!” suara lantang Ikhwan mengejutkan Safura.
“Ikhwan, semua itu bukan kehendak saya Ikhwan. Saya kena rogol,” Safura cuba meyakinkan Ikhwan. Ikhwan hanya ketawa terbahak-bahak.
“Kau ingat aku bodoh. Aku takkan sekali-kali percaya pada perempuan murahan macam kau,” Ikhwan merentap tangan Safura. Safura meronta minta dilepaskan.
“Ikhwan, tolonglah. Saya merayu pada awak. Jangan buat saya macam ni,” Safura berusaha untuk melepaskan cengkaman Ikhwan. Ikhwan memandang Safura dari atas hingga ke bawah.
“Aku akan lepaskan kau tapi aku takkan berputih mata macam tu aje,” Ikhwan menolak tubuh Safura hingga tubuh itu terpelanting di atas katil. Ikhwan menindih badan Safura. Safura menampar muka Ikhwan dengan sekuat hati.
“Lepaskan aku Ikhwan,” jerit Safura.
“Aku nak nikmati tubuh kau yang tak sempat aku jamah Safura. Aku benci sebab ada yang mendahului aku. Sekarang ni giliran aku. Kau kan suka hubungan tanpa nikah macam ni,” Ikhwan menarik rambut Safura.
“Aku tidak seperti yang kau sangkakan Ikkhwan. Aku tak murah seperti yang kau fikirkan,” Safura berusaha melepaskan diri.
“Kau ingat aku akan percayakan perempuan murahan macam kau,” Ikhwan terus menindih tubuh itu dan menampar wajah Safura sekuat hati. Safura semakin lemah.
“Kau akan menyesal dengan apa yang kau buat Ikhwan,” Safura hanya mampu mengalirkan air mata ketika Ikhwan menanggalkan satu persatu pakaiannya. Dia tidak berdaya lagi. Akibat tampara kuat dari Ikhwan tadi, Safura menjadi lemah untuk melawan. Setelah puas, Ikhwan meninggalkan Safura yang tidak sedarkan diri itu. Dia puas kerana dapat memberi pengajaran kepada wanita itu.

“Macam mana bang?” tanya Azizah pada suaminya yang tiba di rumah pada pukul 2 pagi. Sepanjang malam itu, dia tidak mampu melelapkan mata apabila mengenangkan Safura dan suaminya yang sedang mencari Safura.
“Tak jumpa Jah. Abang rasa Safura tidur di rumah kawannya ataupun tidir di hotel,” lemah suara Rahman.
“Tapi kenapa bang? Apa dah kita buat?” Azizah runsing. Dia kenal Safura, walau macam mana sekalipun anak itu marah, dia takkan bermalam di mana-mana.
“Bang, saya rasa tak sedap badan. Saya dapat rasakan sesuatu telah terjadi pada Safura bang,” Azizah merenung suaminya.
“Jah, awak pergilah berehat. Saya percaya takkan ada apa-apa pun yang berlaku pada Safura. Dia dah besar, pandailah dia jaga diri,” pujuk Rahman pada isterinya.
“Mata saya ni tak boleh nak lelap bang,” Rahman memerhati wajah runsing isterinya. Bukan hanya isterinya yang bimbang malah dirinya juga gusar apabila memikirkan keselamatan Safura. Walau macam mana pun dia marahkan anaknya itu, dia tetap menyayangi anak tunggalnya itu. Sehingga ke pukul 8 pagi, Rahman dan isterinya duduk di ruang tamu itu. Mereka menunggu kepulangan Safura. Nasib baik hari ini hari Sabtu, jadi Azizah tidak perlu menyiapkan bekal untuk Fatin. Kalau tdak kecoh juga dengan keadaan isterinya yang seakan orang hilang semangat itu.
“Selamat pagi nenek, atuk,” Rahman menoleh ke arah datangnya suara itu. Dia melihat cucunya datang mendekati mereka.
“Selamat pagi sayang. Fatin tak cukup tidur ke? Kenapa muka pucat ni?” tanya Rahman hairan. Dia hairan apabila melihat wajah pucat cucunya. Azizah memandang wajah Fatin. Baru dia menyedari wajah pucat cucunya itu.
“Takde apa-apalah atuk. Fatin ok je,” jawab Fatin riang.
“Nek, mana ibu. Tak nampak dari tadi?” Fatin memandang wajah sayu neneknya.
“Fatin, jom nenek sediakan sarapan,” Azizah menarik tangan Fatin. Dia tidak mahu Fatin terus tertanya-tanyakan ibunya.
Sedang mereka bersarapan, terdengar bunyi kereta masuk di halaman. Fatin segera berlari kerana dia tahu itu bunyi kereta ibunya. Safura merempuh Fatin ketika dia masuk ke dalam rumah manakala Fatin yang ingin keluar.
“Kau buta ke bodoh!!!” jerit Safura lantang.
“Maafkan Fatin bu,” Fatin memandang wajah ibunya. Dia takut melihat renungan tajam ibunya.
“Kau ni memang pembawa sial. Kau musnahkan hidup aku,” tiba-tiba Safura diamuk perasaan marah. Dia menarik rambut Fatin sekuat hati dan menolak badan itu sehingga jatuh. Fatin yang jatuh tertiarap terus menjadi mangsa sepakan Safura yang bagaikan orang hilang akal itu.
“Kau dah gila ke Safura?” jerit Rahman pada Safura yang membelasah Fatin tanpa belas kasihan. Azizah berlari mendapatkan Fatin yang sedang mengerang kesaiktan. Bibirnya pucat. Safura yang menyedari perbuatannya segera berlari naik ke biliknya.
“Nek, kenapa dengan ibu nek. Fatin takut,” Fatin memeluk neneknya, erat sekali.
“Sayang jangan nangis ye. Ibu letih tu,” alasan yang sama diberikan Azizah pada cucunya.
“Nek, Fatin nak tengok ibu. Jom nek,” Fatin menarik tangan Azizah supaya mengekorinya. Azizah hanya menurut kehendak cucunya itu.
“Fatin tungggu kat sini ye. Nenek nak masuk jenguk ibu. Fatin jangan masuk selagi nenek tak panggil. Fatin fahamkan?” Azizah mengusap lembut wajah Fatin. Fatin hanya menganggukkan kepala.
“Nek, pesan kat ibu Fatin sayang ibu,” Fatin menarik tangan neneknya membuatkan Azizah tidak jadi untuk melangkah. Azizah hanya tersenyum memandang wajah sayu itu.
“Fatin pun sayangkan nenek. Sayangkan atuk,” tutur Fatin lembut menyebabkan Azizah mendekati Fatin.
“Nenek tahu sayang. Fatin tunggu nenek kat sini ye,” Azizah mengucup dahi cucunya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Safura. Dia melihat Safura sedang terhenjut-henjut menahan tangis.
“Safura, kenapa sayang?” Azizah memegang bahu anaknya. Safura memandang wajah ibunya lantas memeluk ibunya. Erat sekali.
“Mak, Safura benci Ikhwan mak,” luah Safura. Ikhwan? Azizah pelik. Adakah Ikhwan yang dimaksudkan adalah Ikhwan yang pernah menjadi teman Safura 10 tahun yang lalu.
“Kenapa dengan Ikhwan nak?” Azizah mengurut lembut belakang Safura.
“Mak, kenapa Tuhan nak uji Safura begini? Kenapa mesti Safura mak?” Safura merintih sayu.
“Safura. Kenapa ni? Cuba ceritakan pada mak,” pinta Azizah. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena telah berlaku pada Safura.
“Mak, Ikhwan rogol Safura mak. Dia benci Safura. Dia cakap dia nak balas dendam atas apa yang telah Safura lakukan kat dia 10 tahun yang lalu,” Safura menangis di bahu emaknya. Azizah tergamam. Dia tidak menyangka begitu sekali perjalanan hidup anaknya. Azizah menangis sambil memujuk Safura. Dia hanya dapat berharap semoga Safura tabah menghadapi dugaan itu.
“Ini semua kerana budak sial itu,” Safura melepaskan pelukannya lantas berlari mendapat Fatin yang berada di depan pintu biliknya. Dia menerkam Fatin yang masih berdiri kaku. Fatin yang tidak tahan dibelasah ibunya segera berlari ke tangga namun dikejar Safura. Azizah juga berlari mendapatkan mereka dan cuba menghalang perbuatan Safura namun telah terlambat apabila matanya melihat Fatin yang sudah jatuh tergolek di tangga rumah itu. Darah pekat mengalir melalui kepala Fatin. Azizah meraung cemas. Safura tergamam tidak terkata.
“Fatin!!!!!” jerit Rahman lantas berlari mendapatkan cucunya yang telah tergolek itu.
“Fatin, bangun sayang,” Rahman menggoncangkan badan Fatin. Dia memangku tubuh kecil itu. Azizah berlari ke bawah mendapatkan cucu dan suaminya.
“Bang, kita bawa Fatin ke hospital bang. Cepat,” Azizah menyedarkan suaminya.
“Ayah takkan pernah maafkan kau kalau apa-apa terjadi pada Fatin,” Rahman merenung bengis wajah Safura. Safura hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat ibu dan ayahnya membawa Fatin ke hospital.
“Fatin, maafkan ibu. Ibu tak sengaja sayang,” raung Safura kesal.
Safura menuju ke hospital yang dinyatakan ibunya sebentar tadi. Dia bergegas mencari bayang ibu dan ayahnya. Dari jauh dia melihat ibu dan ayahnya tenang duduk sambil menunggu di hadapan bilik bedah itu.
“Mak, ayah,” Safura memanggil. Kedua-duanya menoleh serentak. Ayahnya segera menoleh ke arah lain apabila terpandangkan wajah Safura.
“Sini Safura. Duduk sebelah mak,” gamit Azizah pada anaknya. Simpati dia melihat wajah itu. Dia tahu bukan itu pinta Safura.
“Mak, Safura bersalah. Safura takut apa-apa jadi padaa Fatin. Safura sayangkan dia mak,” Safura menangis.
“Sayang?? Sejak bila kau tahu makna sayang?” dengan bengis Rahman menyoal anaknya itu.
“Abang. Saya tahu Safura menyayangi Fatin. Abang tak pernah tengok apa yang terjadi,” Azizah mempertahankan Safura.
“Huh!! Anak tak sedar diuntung. Kenapa kau tak mati saja malam tadi. Kalau tak, Fatin tak akan masuk hospital,” Rahman berdiri dan menjauhkan diri dari isteri dan anaknya. Safura tersentak. Tidak tahukah ayahnya atas apa yang telah terjadi pada dirinya malam tadi. Safura terus menangis. Menangis mengenang nasib dirinya dan juga mengenangkan Fatin yang sedang bertarung dengan maut akibat perbuatannya sendiri. Dia tidak berniat untuk menyakiti Fatin tetapi dia diamuk perasaan marah. Bagi dia, kerana Fatinlah Ikhwan membenci dirinya dan menodai dirinya tanpa belas kasihan. Pintu bilik bedah terbuka dan mereka menerpa doktor yang baru keluar.
“Doktor, macam mana dengan cucu saya?” Rahman yang tidak sabar segera bertanya. Azizah menganggukkan kepala manakala Safura mengharapkan jawapan yang menyenangkan. Doktor tadi menundukkan kepala.
“Maafkan saya pakcik, makcik, puan. Saya dah berusaha sedaya upaya tetapi dia tidak dapat diselamatkan kerana hentakan kuat di kepalanya. Tambahan dengan penyakitnya yang dihidapinya,” doktor itu menerang dengan panjang lebar. Safura meraung manakala Rahman terduduk mendengar kenyataan itu.
“Penyakit? Cucu saya sakit apa doktor?” dengan linangan air mata Azizah bertanya pada doktor tersebut.
“Cucu makcik menghidapi barah otak di peringkat kritikal. Sebab itulah pihak kami tidak dapat menyelamatkannya. Maafkan saya,” doktor itu terus berlalu pergi. Tidak sanggup untuknya menatap wajah mereka yang kehilangan itu.
“Puas hati kau sekarang Safura. Lepas ni takkan ada sesiapa pun lagi yang akan menyusahkan kau,” Rahman melepaskan amarahnya pada Safura yang sedang menangis di tepi dinding itu.
“Janganlah kau berpura-pura menangis kat situ. Muak aku melihat wajah kau,” Rahman berlalu meninggalkan Safura dan isterinya. Safura berlari mendapatkan Fatin.
“Fatin, bangun sayang. Kenapa Fatin tinggalkan ibu. Ibu sayangkan Fatin. Ibu janji lepas ni ibu akan jaga Fatin. Bangunlah Fatin,” Safura menggoncang tubuh kaku itu. Tubuh yang tidak sempat untuk merasa pelukan mahupun belaian manja darinya. Telinga yang tidak sempat untuk mendengar dia mengungkapkan kata sayang. Safura menangis semahunya. Azizah turut menangis di sebelah anaknya. Meratapi pemergian insan kecil yang selama ini rupanya menanggung derita penyakit barah otak.
Selepas selesainya semua upacara pengebumian, Safura melarikan diri masuk ke bilik kecil milik anak gadisnya. Dia memerhati sekeliling. Dia dapat merasakan kehadiran Fatin. Dia memejamkan mata dan terbayang lembut wajah anaknya itu. Tiba-tiba matanya terpandang satu buku yang terselit di celah-celah bantal. Segera dia mencapai buku tersebut. Tertulis perkataan diari di hadapan buku itu. Safura terharu. Mungkin di dalam buku itulah anaknya itu meluahkan segala isi hatinya. Safura membuka buku itu dengan perlahan-lahan. Dia membuka pertengahan buku itu.

21 Mac 2001…
Ibu marah lagi. Aku takut. Aku takut ibu marah. Aku cuma mendiamkan diri ketika ibu memarahiku di dalam kereta. Ibu menarik rambutku apabila aku tidak mengendahkannya. Ibu, Fatin sakit…..
22 Mac 2001…
Hari ini sikap ibu seperti biasa. Aku bersarapan ala kadar dan segera mendapatkan ibu. Aku tidak mahu ibu marah-marah lagi. Aku sayang ibu….
Safura mengalirkan air mata tatkala membaca coretan anaknya itu. Dia menyelak lembaran lain.
2 April..
Aku gembira sangat. Tadi aku bermimpi ibu datang dalam mimpi aku. Dia cakap dia sayangkan aku dan dia minta maaf sebab selalu marah aku. Ibu, Fatin tak kisah semua itu. Kalaulah semua itu menjadi kenyataan alangkah seronoknya….Fatin nak ibu……
3 April..
Ibu berlainan sekali sikapnya. Dia mengusap kepalaku. Dia bercakap lembut padaku. Aku bersyukur dan aku bercerita pada nenek. Betapa aku gembira…..

Safura menyelak helaian di hadapan buku itu. Dia terus menangis apabila membaca isi hati anak itu. Segala bentuk penyeksaan yang pernah dia berikan pada anaknya itu, semua diceritakan dalam diari itu. Safura menutup diari anaknya dan memeluknya erat.
“Fatin, ibu sayang Fatin. Ibu menyesal sayang atas apa yang telah ibu lakukan selama ini,” Safura menangis semahunya di atas tilam itu. Dia mengambil patung beruang milik Fatin dan memeluknya erat. Ibu rindukan Fatin! Safura terus memeluk patung milik Nur Fatinah Syakira, anak yang selama ini tidak pernah dipedulikan.
Safura duduk di halaman rumah ketika sebuah kereta berhenti di hadapan pagar rumahnya. Sudah seminggu Fatin meninggalkan mereka. Rumah itu sunyi sepi. Ibunya selalu menghabiskan masanya di kebun belakang rumah mereka. Kata ibunya, di tempat itulah dia banyak menghabiskan masa bersama Fatin. Ayahnya pula seolah-olah memusuhi dirinya kerana kejadian itu. Safura tidak pernah menyalahkan ayahnya kerana dia tahu itu memang kesalahannya. Safura memandang lelaki yang keluar dari kereta tadi.
“Assalammualaikum,” lelaki itu memberi salam.
“Waalaikumussalam,” jawab Safura lemah. Sebolehnya dia tidak mahu menerima sebarang tetamu buat masa sekarang. Safura mengamati wajah lelaki yang berada di luar pagar rumahnya. Dia seolah-olah mengenali siapa lelaki itu.
“Hisham!!!” jerit Safura lantas berlari mendapatkan temannya itu.
“Hampir-hampir aku tak kenal kau,” Safura membuka pagar menggunakan remote yang berada di tangannya. Hisham, teman sekampusnya melangkah masuk.
“Kau apa khabar Safura?” Hisham memandang wajah sayu itu. Dia sudah mendengar berita yang menimpa Safura apabila membaca surat khabar pagi itu. Safura yang merupakan seorang Penolong Pengarah di sebuah syarikat terkenal di Kuala Lumpur memang dikenali ramai. Pada mulanya Hisham menyangkakan mereka yang hanya mempunyai nama yang serupa tetapi apabila melihat gambar Safura, dia yakin itulah Safura yang pernah dikhianatinya 10 tahun yang lalu.
“Baik. Kau pulak. Lama betul tak dengar cerita kau orang,” terubat sedikit duka di hati Safura dengan kehadiran kawan lamanya itu.
“Safura, sebenarnya aku datang ni sebab nak langsaikan hutang aku pada kau,” Hisham memandang wajah Safura.
“Hutang apa Sham. Ada-ada jelah engkau ni. Hutang lama tu aku dah tak ingatlah Sham,” Safura tertawa kecil.
“Safura, kalau aku tak beritahu kebenaran pada kau, hati ini takkan tenang,” Safura mengerutkan keningnya. Hairan dengan kenyataan Hisham.
“Ada apa sebenarnya ni Sham,” tanya Safura.
“Safura, sebenarnya akulah manusia durjana yang telah merogol kau 10 tahun yang lalu,” Hisham berterus-terang. Safura tergamam.
“Kurang ajar!!!!!” satu suara mengejutkan Hisham. Serta-merta satu tumbukan hinggap di wajahnya. Hisham terpelanting dan jatuh tertiarap.
“Selama ini aku fikir anak aku yang buat hal. Rupanya kaulah dalang segalanya,” Rahman menendang perut Hisham sekuat hati. Azizah berlari mendapatkan suaminya. Dia takut suaminya akan mengapa-apakan Hisham.
“Kenapa Sham? Kenapa kau buat aku macam ni?” Safura menangis sambil menarik kolar baju Hisham.
“Sebab aku cemburukan kau dan Ikhwan. Aku cintakan kau Safura,” Hisham memegang perutnya yang senak.
“Kau memang jantan tak guna,” satu tendangan yang datang entah dari mana mengejutkan semua yang ada di situ. Darah membuak-buak keluar dari mulut Hisham. Safura melihat Ikhwan sedang mengepal-ngepal penumbuknya. Ikhwan yang kebetulan memang berniat mahu meminta maaf kepada Safura terdengar perbualan mereka.
“Ikhwan,” ucap Hisham lemah.
“Selama ini aku anggap kau kawan aku yang paling baik Sham. Tapi kau khianati aku,” Ikhwan menghampiri Hisham. Berkira-kira mahu membelasah Hisham lagi. Safura menarik baju Ikhwan.
“Kau pun sama Ikhwan. Kau pun sama macam Hisham. Yang jadi mangsanya aku,” Safura menunjuk ke dadanya. Dia sebak.
“Kenapa korang aniaya anak makcik. Apa yang anak makcik buat pada korang berdua,” Azizah menangis sayu. Dia sedih apabila mengenangkan nasib anaknya berakhir begini.
“Makcik ,saya akan bertanggungjawab pada Safura,” Ikhwan bersuara lemah.
“Aku tak ingin kau ada dalam hidup aku Ikhwan. Aku benci lelaki pengecut macam korang berdua. Aku benci dan aku tak nak tengok muka korang kat sini lagi. Berambus!!!!” jerit Safura. Azizah memeluk anaknya. Mereka menangis bersama-sama.
“Kerana korang berdua aku jadi benci pada Fatin. Aku dah bunuh anak aku sendiri. Aku benci korang berdua. Benci!!!” Safura melepaskan apa yang terbuku di hatinya selama ini.
“Pergilah Sham. Pergilah Ikhwan. Jangan ganggu anak makcik lagi,” Azizah memandang sayu wajah 2 orang pemuda di hadapannya.
“Baik korang pergi sekarang sebelum aku bunuh satu-satu,” Rahman dengan baran memekik kepada mereka. Ikhwan dan Hisham berlalu dengan satu penyesalan yang tidak mungkin dapat mereka lupakan.

5 tahun sudah peistiwa itu berlaku tetapi bagi Safura bagaikan baru terjadi semalam. Dia merenung wajah comel yang sedang tersenyum manis kepadanya. Fatin, ibu rindukan Fatin! Safura mengambil frame gambar Fatin yang diletakkannya di atas meja kerjanya. Hanya dengan gambar itulah dia meneruskan hidup bersama kenangan Fatin. Safura memeluk gambar itu. Selepas kejadian Hisham mengaku perbuatannya, ayahnya datang meminta maaf kepadanya. Dia tidak marahkan ayahnya kerana Fatin tidak mungkin kembali jika dia marahkan ayahnya sekalipun. Lagipun, ayahnya telah pergi menghadap Ilahi 2 tahun yang lepas. Tinggallah dia bersama ibunya di rumah mewah itu. Hanya sunyi yang menemani mereka setiap hari. Safura memandang wajah comel anaknya. Ibu doakan semoga Fatin gembira di sana. Tunggu ibu ye sayang. Ibu sayangkan Fatin!!. Safura mendakap gambar itu. Sedikit demi sedikit air matanya mengalir lagi.

—————————–TAMAT————————————
p/s:Kepada pembaca yang dihormati..sila komen selepas membaca..saya memerlukan pertolongan anda semua untuk membaiki mutu karya saya. saya dahului dengan ucapan terima kasih